Sebanyak 76 peratus atau 988,000 orang daripada 1.3 juta rakyat Terengganu mengalami lebih berat badan dan obesiti.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT), Datuk Dr Kasemani Embong berkata jumlah itu meningkat 15.2 peratus berbanding 60.8 peratus pada 2011.

Baca Juga:

Lebih membimbangkan, satu daripada tiga remaja di Terengganu dikesan mengalami masalah obesiti akibat pemakanan serta gaya hidup tidak sihat.

Terengganu
Obesiti

Satu Daripada Tiga Remaja Terengganu Obesiti

“Situasi ini merisaukan kerana ia boleh meningkatkan lagi risiko dan kadar penyakit tidak berjangkit seperti kencing manis, jantung, buah pinggang dan darah tinggi yang sudah sedia tinggi.

“Dalam kalangan remaja, gaya hidup hari ini yang sentiasa melekat dengan gajet dan pelbagai pilihan makanan tidak sihat menyebabkan semakin ramai mengalami masalah berat badan,” katanya.

Dalam masa sama, Dr Kasemani berkata pihak JKNT sedang memperhebatkan penganjuran program kesedaran mengenai masalah ini.

Terengganu
Obesiti

Ini termasuk Kempen ‘War On Sugar’ bagi mengingatkan orang ramai tentang bahaya gula tersembunyi dalam makanan dan minuman ringan.