Dengan peningkatan angka graduan daripada sejumlah universiti pada saban tahun, peluang pekerjaan secara langsung menjadi lebih kompetitif.
Jadi, para graduan akan bersaing antara satu sama lain dalam mendapatkan sesuatu jawatan kerja di luar sana. Secara logiknya, anda pasti akan bertungkus-lumus untuk memhadiri sesi temuduga selepas terpilih.
Baca Juga:
- Dipaksa Berhenti Kerja, Wanita Berjaya Peroleh Pampasan RM191,000 Selepas Hantar Surat ‘Ini’
- Ibu Datang Serang Majikan Selepas Anak Mengadu Kena Marah Ditempat Kerja
Namun sebaliknya pula yang berlaku selepas seorang perekrut mendedahkan bahawa terdapat trend golongan Gen Z secara khususnya dipercayai sering ‘ghosting’ apabila dipanggil untuk sesi temuduga dengan sesebuah syarikat.
“Baru-baru ini, saya perasan satu trend tidak hadir ke temuduga. Saat-saat akhirlah mereka ‘ghosting’ (atau dalam bahasa mudahnya mengakhiri komunikasi secara mengejut tanpa sebarang penjelasan) tanpa memaklumkan mereka tidak dapat hadir.
“Bulan lalu daripada 8 orang calon, hanya seorang yang hadir. Masalah ini berlaku dalam kalangan calon bawah 30 tahun,” luahnya di sebuah grup FB.
Dia lantas mempersoalkan sama ada majikan atau perekrut di luar sana menghadapi masalah sedemikian pada masa kini.

Perkongsian perekrut sememangnya meraih perhatian netizen dan rata-ratanya bersetuju trend ghosting di kalangan gen z untuk sesi temuduga memang sudah biasa malah lebih mengejutkan ia sudah berlaku sejak sekian lama.
Dalam masa sama, ramai juga berpendapat Gen Z berbuat sedemikian dek kerana pilihan pekerjaan yang luas di dalam pasaran seperti kerja dalam talian sebagai reviewer. Namun, ada sebahagian melihat Gen Z sebagai generasi yang manja sehinggakan terlalu memilih kerja dan mahukan gaji tinggi walaupun tiada pengalaman.


Bukan itu sahaja, ada dikalangan majikan turut berkongsi ada yang baru bekerja beberapa hari sudah mahu berhenti secara mengejut.
Trend ini dilihat semakin meruncing sehinggakan para majikan menjadi trauma untuk mengambil secara khususnya kelompok Gen Z kerana dianggap membuang masa dan wang sahaja.