Selari dengan pengenalan peranti baharu, Apple hari ini turut membuat kejutan dengan memperkenalkan secara rasminya versi sistem operasi terbaharu iaitu iOS 17.

Ini lapan kemas kini ciri baharu yang bakal diterima pada iOS 17 yang sedia ditawarkan pada Septermber buat pengguna iPhone. Seperti biasa, mereka mahu menambah baik pengalaman penggunaan harian menerusi kemas kini rasmi kali ini.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

Contact Poster

ios 17
Sumber Gambar: Apple

Pertama sekali, anda boleh menggunakan ciri Contact Poster ini yang mana boleh menyesuaikan maklumat peribadi dengan memilih gambar, memoji serta typography dan warna font untuk panggilan masuk.

Jadi, setiap pengguna bakal mempunyai poster tersendiri yang dipaparkan pada halaman utama apabila menerima panggilan yang mana akan tersedia untuk panggilan masuk daripada aplikasi pihak ketiga juga.

NameDrop

Sumber Gambar: Apple

Satu lagi ciri menarik yang turut diumumkan adalah NameDrop. Ciri NameDrop ini dapat memudahkan anda berkongsi maklumat seperti nombor telefon dan alamat emel dengan hanya membawa sesebuah iPhone berdekatan dengan iPhone lain.

Selain iPhone, anda juga boleh menggunakan Apple Watch juga untuk berbuat sedemikian. Dengan fungsi yang sama, pengguna juga boleh berkongsi kandungan foto, atau memulakan SharePlay untuk mendengar muzik, menonton filem dan sebagainya.

Live Sticker

ios 17
Sumber Gambar: Apple

Kini terasa tidak lengkap jika dalam perbualan tidak diselitkan dengan sticker yang lucu, jadi Apple turut mengemas kini Apple Messages dengan pelekat emoji baharu dan keupayaan untuk menghasilkan Live Sticker sendiri.

Anda boleh berbuat sedemikian dengan cara mengeluarkan subjek daripada gambar yang disimpan dalam galeri. Kemudian, anda boleh menambah kesan efek khas pada Live Sticker yang menjadikan ia lebih ceria dan unik.

Journal

Sumber Gambar: Apple

Sebuah aplikasi baharu turut disertakan pada iOS 17, dinamakan Journal. Dengan aplikasi ini, ia membolehkan anda merekodkan pelbagai perkembangan harian anda dengan mudah, termasuk gambar, aktiviti serta maklumat daripada pelbagai aplikasi lain.

Apple menyatakan aplikasi berbentuk diari ini akan disulitkan dan datanya hanya boleh diakses oleh seseorang pengguna itu sahaja. Jadi, anda sudah tidak perlu risau lagi tentang sekuriti kerana sudah dijamin oleh Apple.

Live Voicemail

ios 17
Sumber Gambar: Apple

Ciri Live Voicemail pula memberi keupayaan kepada pengguna untuk melihat transkripsi dalam masa nyata atau real-time apabila seseorang meninggalkan mel suara.

Sementara itu, panggilan yang dikenal pasti sebagai spam pula tidak akan dipaparkan sebagai Live Voicemail dan akan ditolak serta-merta.

FaceTime

ios17
Sumber Gambar: Apple

Pengguna iOS 17 kelak boleh merakam video atau audio apabila membuat panggilan FaceTime. FaceTime juga bakal hadir dengan kesan khas seperti bunga api, hati dan banyak lagi.

Bahkan, ia membolehkan iPhone digunakan sebagai kamera dan memulakan panggilan secara terus daripada aplikasi FaceTime di Apple TV atau menyambungkan panggilan daripada iPhone ke TV.

StandBy

ios 17
Sumber Gambar: Apple

Ciri StandBy ini pula merupakan sebuah mod khusus ketika pengecasan yang memaparkan waktu atau sesuatu widget dalam bentuk skrin penuh serta paparan secara landskap.

Malah, ia boleh menunjukkan maklumat daripada Live Activity, panggilan masuk, notifikasi, widget, gambar, Apple Music dan sebagainya.

Hey Siri kepada Siri

ios 17
Sumber Gambar: Apple

Paling utama sekali setelah sekian lama dinantikan, Apple kini membuang penggunaan kata “Hey Siri” dan bertukar kepada “Siri” sahaja.

Jadi, anda boleh menanyakan soalan atau pun memberi sesuatu arahan dengan mengatakan Siri berbanding sebelumnya.

Tahukah anda sokongan kemas kini iOS 17hanya boleh diterima oleh peranti iPhone XS dan XS Max sehingga iPhone 14 Pro dan Pro Max sahaja?

Ciri-ciri baru ini bersama yang lain bakal hadir pada kemaskini iOS 17 kelak untuk iPhone. Sama-sama kita nantikan kemas kini iOS17 versi akhir bakal hadir sekitar September atau Oktober pada peringkat global.

Sumber