Buai laju-laju
Sampai pokok sena
Apa dalam backpack tu
Macam-macam ada
Setiap kali nak travel, ada tak yang pening kepala nak pack barang dalam bag?Ikut hati macam-macam nak bawa kan, tapi bila memikirkan sengsaranya nak memikul beban tu nanti Tuhan je yang tahu. Lebih-lebih lagi jenis yang travel bawa backpack. Sedaya upaya nak meminimakan bilangan barang yang nak di bawa, dan ciri utamanya mestilah ringan.
Untuk tujuan berkongsi, saya nak share travel gear yang saya ada. Hobi saya memang suka beli barang-barang travel ini. Ni bukanlah artikel untuk menunjuk-nunjuk ya.
Setiap gambar saya letakkan pen supaya anda boleh bayangkan berapa panjang atau tinggi setiap barang. Dan kebanyakkan travel gear ini bersaiz panjang pen. Barang-barang ini saya akan bawa mengikut keperluan setiap trip,tak ada lah nak bawa semua kan. Backpack pun bukan besar. Setakat bawa 30L untuk travel 2 minggu trip. Bawa apa yang patut saja dan biasanya berat di bawa dalam 8-10kg sahaja.
Balkan Trip 2016: 7 negara. 2 minggu. Beg 30L. Berat 9kg
Dalam ni backpack ni ada :
- 5 ke 6 helai blouse material ringan. Ini hujung musim panas / awal musim luruh jadi cuaca macam di Malaysia saja. Senang kering bila cuci.
- 1 seluar jeans yang dipakai, 1 dalam bag. Ini sempat juga cuci sebab tinggal di rumah tamu yang ada mesin basuh.
- 2 helai t-shirt dan seluar panjang untuk tidur
- Tudung bawal 5 helai
- microfibre towel. Saiz kecil
- Toileteries
- Maggi sebungkus yang 5 peket
- Serunding daging
- Ssambal ikan bilis
- Cornbeef 1 tin
- Beras dalam botol mineral kecil 650ml
- Sup-sup instant peket
- Travel iron
- Rain cover bag
- Neck pillow
- Bag lipat untuk shopping
- Selipar
- Foldable tupperware
- Extension socket 4 usb port
Jacket pegang di tangan dan kadang-kadang lipat dan selit di tepi bag.
Ini travel gear yang saya selalu bawa.
1. UK Extension Socket with USB Port – Cable 1.5 meter
Antara semua travel gear, ini lah paling win. Sangat dicadangkan bawa benda ni sebab cable nya 1.5 meter panjang. Boleh cas 5 gajet. Ringan dan kecil saja. Saya beli kalau tak silap di Lazada dalam RM30 lebih harganya.
Berguna sangat bila travel ramai-ramai sebab tak cukup tempat nak cas gajet. Lagi satu sesuai bila nak caj gajet semasa dalam keretapi sebab kebiasaanya soket terlalu di bawah atau bahagian atas yang sukar untuk dicapai.
Bila bawa ni jangan pulak lupa bawa international travel adapter sebab plug dia jenis 3 pin macam di Malaysia. Di Lazada ada jual.
UK Extension Socket with 4 USB Port – 1.5m cable
Bila travel, waktu malam saja peluang untuk cas semua gajet. Travel pula biasanya berempat, bila sampai hostel/hotel semua berebut tempat nak cas. Haha. Saya sendiri perlukan 4 soket bila nak cas gajet termasuk kamera.
2. Travel Iron / Stewardess Iron
Ni special untuk #gengtudungbawal. Haha. Saya suka bawa iron ni sebab ringan dan saiz pun kecil. Beli di Parkson RM135. Atau boleh order di Lazada.
3. Travel cooker
Dah 4 tahun guna travel cooker jenis ini. Tak berat sangat dalam 1.3kg saja. Kalau trip yang perlu masak kami akan bawa yang ini. Kelebihan nya ialah dual voltage. Selalunya dengan ihsan travel buddies yang guna backpack 60L yang akan tolong bawa.
Travel Cooker ni size tak besar sangat dan menggunakan elektrik dengan dual voltage. Biasanya kami boleh makan untuk 3 ke 4 orang. Masak guna ini tak secepat macam kita guna rice cooker biasa kat rumah tu. Ambil masa juga, rasanya dalam +-30 minit untuk masak nasi bergantung kepada jumlah. Kalau masak keae selalu tengok-tengok sebab ni masak nasi cara manual. Bagi yang tak tau mana nak cari, boleh tengok Nova Travel Cooker ni di Lazada. Ada jual kat sana.
Disebabkan benda ni dual voltage, kalau pergi ke Jepun jangan lupa tukar voltage dia kat bawah. Kalau tak, nasi tak masak nanti.
4. Foldable container – Tupperware
Ini barang wajib bawa setiap kali travel. Senang sebab bekas ini boleh dilipat dan sangat nipis. Tingginya boleh diubah. Lepas guna boleh lipat balik. Jenama Tupperware tau.
5. Travel Digital Scale dan Pocket Prayer Mat
Travel Digital Scale : Biasanya bawa kalau pergi shopping di Ho Chi Minh je. Haha. Ada macam-macam jenis travel digital scale di Lazada. Boleh pilih dan survey mana yang berkenan.
Pocket Prayer Mat : Suka yang ni sebab ringan dan ada pemberat di setiap bucu supaya tak mudah terbang ditiup angin walaupun material plastik. Selain tu boleh guna ni untuk alas baring kat airport. Kecil je sejadah ni. Yang ini ada jual di Lazada.
6. Disposable raincoat (baju hujan pakai buang) dan payung
Disebabkan kita berjalan sendiri bukan ikut pakej, selalu terdedah dengan hujan panas. Jadi ini barang wajib saya bawa setiap kali travel. Payung tu ringan je dan boleh sangkut di bag. Kalau malas saya bawa raincoat tu je. Untuk raincoat macam ni, boleh tengok di Lazada.
6. Rain Cover Bag – 60L

Berguna bila nak letak backpack dalam kargo. Suka jenis ni sebab ada zip, boleh letak kunci. Kenapa pilih 60L walaupun backpack hanya 35L? Sebab gunanya untuk shopping juga. Boleh sumbat barang shopping dalam ni sekali. Saya akan selit di tepi backpack. Boleh beli di Lazada.
7. Foldable Daypack Karrimor
Biasanya saya guna untuk letak gajet. Gantung kat bag, dan saya guna bila perlu saja. Untuk jenis lain, boleh piih di Lazada.
8. Neck Pillow (bantal leher)
Barangan wajib bawa bila travel long-haul flight. Terpaksa bawa yang boleh lipat untuk jimat ruang. Boleh gantung kat luar bag saja. Ini jenis bantal biasa yang kena tiup dulu sebelum guna. Selesa sebab material nya ialah kain fleece dan boleh dibuka untuk cuci. Ynag ni tak jual di Lazada. Tapi kalau nak cari jenis lain, boleh cuba cari jenis lipat sampai kecil macam ni di Lazada.
9. Microfiber towel (tuala mikrofiber)
Ringan dan cepat kering. Ikut mood nak bawa yang besar atau yang keci, bergantung kepada trip. Kadang-kadang tak bawa langsung. Boleh dapatkannya di Lazada.
Baca lagi: 33 Tips Travel Ini Bakal Buat Percutian Anda Lebih Mudah Dan Meriah. #29 Paling Win!