Kes buli dalam kalangan pelajar merupakan isu serius yang patut diambil perhatian. Kelakuan membuli ini sebenarnya meninggalkan kesan kepada mangsa buli seperti trauma dan sebagainya.

Terbaharu, Mahkamah Tinggi telah memerintahkan sembilan pihak termasuk lima bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA) untuk membayar tuntutan saman RM616,634.20 kepada seorang bekas pelajar sekolah itu yang menjadi mangsa buli pada empat tahun lalu.

Untuk pengetahuan anda, mangsa iaitu pelajar Tingkatan Dua telah dipukul, ditendang dan ditampar oleh pelajar Tingkatan Lima. Disebabkan itu, mangsa kehilangan pendengaran sebelah kanan kerana gegendang telinga pecah menyebabkannya tidak boleh melakukan aktiviti air seumur hidup dan mengalami beberapa kecederaan lain.

Menurut ibu mangsa, tuntutan diminta bukanlah kerana wang tetapi adalah demi pembelaan anak mereka yang masih trauma dengan apa yang berlaku. 9 pihak yang perlu membayar tuntutan tersebut adalah 5 pembuli yang juga bekas pelajar sekolah, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sulaiman Ngarif, bekas pengetua SESMA Meriam Jusoh, Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Malaysia dan kerajaan Malaysia.

Apakah pendapat anda mengenai isu buli ini? Di bawah kami listkan beberapa artikel yang berkaitan buli di Malaysia.

Ini Kes Buli Yang Epik Melibatkan Pelajar Lelaki Dan Perempuan. Perghh!

18 Penuntut UPNM Diarah Bela Diri Dalam Kes Bunuh Zulfarhan

Isu Viral Surat Cinta Murid Sekolah Dan Kesan Buruk ‘Online Shaming’ Kepada Kanak-Kanak

Sumber