Rangkaian pasar mini terbesar di Malaysia, 99 Speedmart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) akan mula dibuka seawal 9 pagi kepada para pelanggan mulai 1 Julai ini.
Memetik laporan Berita Harian, ia bagi selaras dengan komitmennya untuk meningkatkan kemudahan pelanggan dan diseragamkan dengan corak pembelian pengguna.
Baca Juga:
- 99 Speedmart Raih Untung Bersih RM490.26 Juta
- Pengasas 99 Speedmart Masuk Senarai 10 Terkaya Malaysia Dengan Kekayaan RM17.6 Bilion
- Pengasas 99Speedmart Ambil Alih Francais Burger King Malaysia
“Inisiatif ini mencerminkan dedikasi kami untuk meningkatkan pengalaman pelanggan sambil mengukuhkan kedudukan kepimpinan dalam bidang pasar mini runcit.
“Melangkah ke hadapan, kami akan terus memberi tumpuan kepada pengukuhan kehadiran di seluruh negara, memperkasakan rangkaian pengedaran, dan memacu penciptaan nilai mampan untuk semua pihak berkepentingan,” kata Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah.
Baru-baru ini 99 Holdings mengumumkan bahawa semua resolusi yang dibentangkan pada AGM kedua telah diluluskan oleh pemegang saham.
Lee Thiam Wah, berkata kelulusan semua resolusi merupakan pengesahan bermakna terhadap strategi dan visi jangka panjang syarikat.
“Kami amat berterima kasih atas kepercayaan dan sokongan berterusan daripada pemegang saham, terutamanya kerana ini merupakan AGM pertama kami sejak kejayaan penyenaraian pada 2024.
“Kelulusan semua resolusi merupakan pengesahan bermakna terhadap strategi dan visi jangka panjang kami,” katanya dalam satu kenyataan.