Sejak pembukaan Apple Store di Malaysia pada Jun tahun lalu, ia menjadi salah satu lokasi ‘wajib’ singgah jika datang ke Tun Razak Exchange (TRX).
Baru-baru ini seorang warga Indonesia berasa kagum melihat kemajuan dan kepesatan negara Malaysia selepas berada dua jam di Apple Store.
Baca Juga:
- Sanggup Tidur Di TRX Exchange, Peminat Penuhi Pembukaan Apple Store Pertama Malaysia
- Eksklusif: Pandang Pertama Apple Store Malaysia
- Netizen Seberang Akui Apple Store Memang Layak Dibuka Di Malaysia Berbanding Indonesia
Sepanjang berada di situ, dia melihat orang ramai tidak putus-putus membeli barangan Apple.
2 jam ada di toko ini dan melihat nontstop orang2 datang dan pergi membeli iPhone, iPad, macbook pro, imac dan segala produk apple lainnya sprti kacang goreng.
Negara ini baik2 saja. Kelas menengah negara ini kuat secara ekonomi. pic.twitter.com/0fZvk75Z7m
— Angga (@anggapph2) February 21, 2025
“Dua jam berada di kedai ini dan melihat tanpa henti orang ramai datang dan pergi membeli iPhone, iPad, MacBook Pro, iMac, dan segala produk Apple yang lain seperti kacang goreng.
“Negara ini baik-baik sahaja. Kelas menengah negara ini kukuh dari segi ekonomi,” kata X.com @anggapph2.
Selain itu daripada pemerhatiannya, didapati jalan raya penuh dan sesak, sementara banyak bangunan rancak dibangunankan.
Pandangan warga Indonesia itu turut dipersetujui netizen yang lain.
Mereka menyatakan Malaysia menjadi lokasi tumpuan pada ketika ini kerana menawarkan destinasi percutian, makanan dan penerbangan yang menarik buat para pelancong seluruh dunia.
Dalam pada itu, ada netizen Indonesia mendakwa harga produk Apple di Malaysia jauh lebih murah berbanding di Indonesia sendiri.
“Beli barangan Apple di sini memang pengalaman terbaik – layanan baik, pembayaran mudah, stok pun banyak,” kata X.com @saru_mind.
“Percayalah, kalau jenama mewah seperti Apple masih laku macam kacang goreng, ekonomi negara itu memang dalam keadaan baik,” kata X.com @kukusanlobak.