Menurut data rasmi dari Kementerian Pelaburan Indonesia dan laporan DetikFinance, Malaysia muncul sebagai negara keempat tertinggi yang menyalurkan pelaburan asing (FDI) ke Indonesia dalam suku pertama tahun 2025 — iaitu sekitar USD 1 bilion, bersamaan kira-kira RM4.7 bilion.

Visual yang tular di Instagram oleh akaun @masterclasssaham memaparkan carta bar yang menunjukkan 8 negara paling banyak melabur di Indonesia.

Di tangga teratas ialah Singapura dengan lebih Rp 69 trilion, diikuti Hong Kong, China, dan kemudian Malaysia dengan Rp 15 trilion.

Malaysia

Di belakang Malaysia ada nama-nama besar seperti Jepun, Amerika Syarikat, Korea Selatan dan Belanda.

Ramai netizen Indonesia terkejut, apatah lagi bila sebelum ini wujud tanggapan Malaysia asyik hutang atau tidak mampu bantu negara jiran.

Fakta sebenar ini mengejutkan ramai, tetapi ia bukan sesuatu yang baru.

Menurut Menteri Pelaburan Indonesia, Rosan Roeslani, Singapura telah menjadi pelabur nombor satu ke Indonesia selama lebih 10 tahun.

Malaysia

Tetapi kehadiran Malaysia dalam senarai Top 5 pada 2025 menandakan hubungan ekonomi dua hala yang matang dan strategik.

Duit Pergi Masuk Mana?

Pelaburan asing dari negara lain disalurkan ke pelbagai sektor di Indonesia – bukan sahaja di Jawa, tapi juga sampai ke Sulawesi dan Maluku.

Antaranya termasuk, industri logam dan barang logam, pertambangan, telekomunikasi & logistik, industri farmasi dan kimia.

Malaysia

Negara jiran kini tengah giat memacu sektor hiliran dan perindustrian, dan pelabur seperti Kuala Lumpur jelas tak mahu ketinggalan.

Kenapa Malaysia Beri Pinjam?

Istilah ‘beri duit’ mungkin agak dramatik, tapi realitinya pelaburan asing adalah satu bentuk manfaat bersama – untung dua-dua belah pihak.

Syarikat melihat potensi pasaran Indonesia yang besar, kos tenaga kerja yang kompetitif, serta peluang untuk meneroka sektor yang sedang berkembang.