Bila sebut bahaya rokok, ramai perokok percaya hanya ia hanya memberi kesan kepada dirinya sahaja walhal realitinya perokok pasif iaitu orang sekeliling yang tidak menghisap juga boleh merana.

Seorang wanita tempatan yang hanya dikenali sebagai sistiha berkongsi pengalaman ‘hitamnya’ yang mana paru-parunya terpaksa ditebuk sebanyak empat kali susulan menjadi perokok pasif secara tidak sengaja.

“Sekarang tengah viral pasal orang hisap vape dan rokok kena tebuk paru-paru, kan? Tapi saya pula kena tebuk sebab jadi perokok pasif.

“Pada tahun 2017, paru-paru sebelah kiri dua kali kena tebuk. Kemudian pada tahun 2019, sebelah kanan pula dua kali kena tebuk,” katanya.

Yang lebih menyayat hati apabila wanita itu mendedahkan sehingga kini masih menanggung kesan sampingan termasuk sakit saraf berpanjangan.

Perkara ini terjadi susulan baring terlentang atas katil dalam tempoh yang lama tanpa mengiring kiri dan kanan sewaktu perubatan barang kali.

“Kajian menunjukkan bahawa risiko penyakit jantung dan kanser paru-paru meningkat bagi perokok pasif yang terdedah dalam jangka masa panjang. Jadi, beringatlah ya. Saya dah terkena, harapnya korang tak terkena.

“Sakit tu hanya Allah yang tahu macam mana. Sampai sekarang, kesan sakit saraf tu masih ada sebab baring terlentang atas katil terlalu lama, tanpa boleh mengiring kiri atau kanan,” kongsinya.

Menerusi video yang sama, dia turut menasihati para perokok dan penghisap vape di luar sana untuk lebih bertanggungjawab dengan orang sekeliling.

“Jadi berhati-hatilah wahai perokok dan penghisap vape. Jika ada nyawa yang terkorban disebabkan terhidu asap vape atau rokok yang korang hisap, korang akan bertanggungjawab di akhirat kelak,” tegasnya.

@sistihah00

Kajian menunjukkan bahawa risiko penyakit jantung dan kanser paru-paru meningkat bagi perokok pasif yang terdedah dalam jangka masa panjang. So beringatlah ya. Saya dah terkena hope korang tak terkena. Sakit tu hanya Allah yang tahu macam mana. Sampai sekarang efek sakit saraf tu masih ada sebab baring terlentang atas katil lama sangat tanpa mengiring kiri atau kanan 🥲 #vape #rokok #bahayarokok #fyppppppppppppppppppppppp #storylife

♬ original sound – DNP – DNP

Video berkenaan mendapat jumlah tontonan lebih 3 juta ini telah mengundang pelbagai reaksi dari netizen tempatan yang mana rata-ratanya bersimpati dengan nasib mangsa yang mengalami sakit kronik dek kedegilan segelintir penghisap rokok di dalam kalangan kenalan atau keluarga terdekat.

Ada juga yang membangkitkan isu terutamanya di tempat awam atau kedai-kedai yang membenarkan individu menghisap rokok tanpa menghiraukan pelanggan lain dan asapnya pasti akan terhidu secara tidak langsung pada ketika itu.

rokok
Sumber Gambar: TikTok
rokok
Sumber Gambar: TikTok

Dalam pada itu, ramai menasihati agar perokok untuk lebih sensitif dalam hal ini kerana efeknya mungkin hanya kelihatan selepas beberapa tahun kemudian dan lebih parah lagi membabitkan orang tersayang.