Satu kajian dibuat oleh Universiti Tokyo pada 2013 dan 2019 mendapati bahawa kucing sebenarnya faham dengan arahan manusia, namun mereka sengaja buat buat tak faham.
Ramai yang sering membandingkan kucing dengan anjing. Di mana anjing dianggap akan mudah faham arahan manusia, terutama sekali tuannya, apabila dilatih.
Kucing pula dianggap spesis yang sukar memahami arahan daripada manusia seperti anjing dan beberapa haiwan peliharaan lain.
Malangnya, bukan begitu, kucing sebenarnya faham arahan manusia dan mereka kena suara tuan mereka sendiri.
Kucing juga sebenarnya tahu akan nama mereka yang diberikan tuan mereka. Cuma mereka adalah spesis haiwan yang malas melayan tuan mereka sendiri.

Dalam kajian tersebut, pengkaji meletakkan nama kucing pada kolar, dan memanggil mereka. Jelas mereka memberikan reaksi kepada nama mereka pada masa tertentu.
Menurut kajian tersebut, kucing sangat cekap membezakan bunyi suara tuan mereka dengan orang lain.
Dan mereka malas untuk memberikan reaksi kepada tuan mereka atau manusia. Mereka hanya kadang kadang sahaja memberikan respon.
Untuk arahan yang berulang, kucing boleh memahaminya apabila dilatih. Namun mereka sangat malas untuk bertindak balas.
Selain itu kucing juga dikatakan memahami riak wajah tuan mereka ketika marah, gembira atau sedih.
Kucing juga sangat cekap dalam membaca bahasa tubuh manusia serta bau badan tuan mereka sendiri.
Kucing selektif
Rumusan yang dibuat oleh pengkaji di Universiti Tokyo, kucing adalah haiwan yang selektif atau bahasa pasar ‘select’ terhadap komunikasi dengan manusia.
Mereka hanya memberikan respon apabila mereka mahu sahaja.
Namun begitu, pengkaji juga mengesahkan bahawa kucing tidaklah sehebat anjing dalam memahami arahan manusia atau tuan mereka.
Tetapi kucing spesis yang boleh dilatih dan boleh faham.