Seorang wanita berkongsi realiti sebenar apabila bekerja dengan warga Singapura di dunia pekerjaan profesional.
Baru-baru ini tular dan menjadi perbincangan ramai apabila seorang warga tempatan mendedahkan sisi buruk bekerja dengan orang Jepun.
Baca Juga:
- ‘Mereka Nampak Baik Tapi..”- Warga Tempatan Kongsi Realiti Sebenar Bekerja Dengan Orang Jepun

- Netizen Seberang Bangga ‘Klaim’ Perdana Menteri Singapura Fasih Berbahasa Indonesia

- ‘Terlalu Letih’ – Terima Gaji RM330,000 Setahun, Lelaki Singapura Ini Mahu Pindah Ke Kuala Lumpur

Wanita yang bekerja di Jepun kemudiannya membuat perbandingan bekerja dengan orang dari negara matahari terbit itu dengan orang dari Singapura.

Wanita Kongsi Realiti Kerja Dengan Orang Singapura
“Sebagai seorang yang kini bekerja di Jepun, dan berpengalaman bekerja dengan warga Singapura, mental saya lebih ‘koyak’ apabila bekerja dengan warga Singapura.
“Personaliti saya memang tak sesuai dengan warga Singapura. Mesyuarat dengan orang Jepun lebih tenang, jauh beza dengan Singapura yang macam nak bertumbuk setiap masa.”
Sebelum ini, seorang wanita menceritakan pengalaman sendiri bekerja dengan rakyat Jepun dimana mentalnya koyak mungkin kerana menerima ‘tekanan’ yang tinggi.

Berdasarkan pengalaman peribadinya, dia sudah berpindah syarikat dua kali sewaktu menetap di Jepun dan mendapati kedua-duanya masih memberikan pengalaman yang negatif.
Antara perkara yang membuatkan dia memang tidak boleh menerima bagaimana layanan dan perangai sebenar yang ditonjolkan oleh mereka.
Sering menyalahkan orang lain, hanya menerima pandangan dari kalangan sebangsanya, cakap buruk di belakang dan talam dua muka antara perangai sebenar orang Jepun.