Glico Malaysia menghargai keunikan cita rasa tempatan dengan melancarkan perisa baharu edisi terhad, Pocky Durian dan Pocky Ondeh-Ondeh yang cukup mengujakan, sambil mengajak rakyat Malaysia untuk ‘Berkongsi Keriangan Cita Rasa Warisan’ (‘Share the Taste of Heritage’) sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68 tahun ini.

Dibuat daripada bahan-bahan asli dan semula jadi, Pocky Durian dan Pocky Ondeh-Ondeh meraikan keenakan rasa kegemaran rakyat Malaysia dalam setiap gigitan.

Pocky Lancar Pocky Durian Dan Onde-Onde Edisi Terhad Sempena Merdeka
Rasakan keunikan Pocky kali ini

Pocky Durian menampilkan rasa Raja Buah dengan salutan mewah coklat durian berkrim daripada isi durian sebenar, manakala Pocky Ondeh-Ondeh pula membawakan keaslian tradisional dengan salutan coklat pandan yang ditaburi kelapa parut kering asli untuk memberikan sedikit rasa lemak masin, membaluti batang biskut berperisa gula melaka yang mengimbau nostalgia.

Gandingan dua perisa istimewa pada batang biskut rangup Pocky mencetuskan keseronokan menikmati sajian yang menghidupkan semula rasa tempatan dalam cara baharu.

Dua pek perayaan ini mempunyai bungkusan berwarna-warni dengan motif Peranakan dan ilustrasi fotorealistik. Ia menonjolkan penggunaan bahan-bahan asli dan bukan sekadar memberikan rasa yang enak, malah ia juga melambangkan penghargaan terhadap kepelbagaian budaya Malaysia.

Semangat perpaduan ini juga dapat dilihat melalui sebuah mural khas yang ditaja oleh Glico Malaysia. Mural seni jalanan ini amat menarik untuk dikongsi di media sosial dan memaparkan keharmonian unik budaya Malaysia serta motif-motif tradisional yang mewarnai kehidupan seharian rakyatnya.

Mural ini adalah hasil karya seni pelukis jalanan terkenal, Abdulrashade. Ia melambangkan perpaduan rakyat Malaysia melalui gabungan motif tradisional Peranakan dan elemen moden seperti fotografi dan papan selaju. Karya seni ini mencerminkan semangat anak muda Malaysia yang bersatu, berbangga dengan negara, dan berkongsi kecintaan terhadap makanan tempatan.

“Rakyat Malaysia sememangnya cintakan makanan dan berbangga dengan rasa tradisional sajian kita. Dengan Pocky Durian dan Pocky Ondeh-Ondeh, kami ingin berkongsi kegembiraan melalui perisa tradisional yang mesra di lidah kita dalam cara baharu yang menyatukan budaya, rasa dan kreativiti,” kata Lee Yeen Theng, Pengarah Urusan Glico Malaysia & Kluster Antarabangsa.

“Mural ini menghidupkan semangat itu, mengetengahkan bakat artis temparan dan cita rasa warisan sambil meraikan perpaduan dan kepelbagaian Malaysia. Sempena Hari Kebangsaan ke-68 ini, kami berharap dapat terus menyumbang kepada kehidupan yang lebih sihat dan sejahtera untuk semua rakyat Malaysia.”

Terletak di Jalan Doraisamy di Chow Kit – berhampiran lokasi ikonik Heritage Row dan tumpuan penduduk bagi makanan tempatan – mural berwarna ceria yang sesuai untuk paparan media sosial ini tampil sebagai penghargaan kepada kepelbagaian budaya Malaysia, dan di sinilah pertemuan antara warisan dan budaya moden bandar.

“Sebagai pelukis jalanan Malaysia, saya bangga dapat menghasilkan karya yang menggambarkan identiti kita bersama. Saya berasal dari Pulau Pinang dan membesar dalam budaya Peranakan. Malah keluarga saya memiliki dusun durian – jadi karya ini sangat dekat di hati,” kata Abdulrashade.

“Mural ini menampilkan aspek perpaduan, belia, dan warisan. Saya harap ia menginspirasikan lebih ramai orang untuk melihat bagaimana seni jalanan boleh menceritakan kisah negara ini dengan cara baharu yang lebih segar.”

Sempena Hari Kebangsaan ini, jangan lepaskan peluang mendapatkan beberapa pek Pocky Durian dan Pocky Ondeh-Ondeh – gandingan sempurna rasa tempatan dalam batang biskut rangup, yang boleh dibeli di pasar raya utama, kedai serba neka dan secara dalam talian melalui Shopee pada harga RM3.40 sekotak.

Sementara itu, bolehlah luangkan masa melawat mural khas ‘Kongsi Keriangan Cita Rasa Warisan’ (‘Share The Taste of Heritage’) untuk mengabadikan detik bersejarah ini. Jangan lupa ambil gambar yang menarik dan kongsikan momen peribadi anda itu dengan tanda pagar: #PockyDurian #PockyOndehOndeh #KongsiKerianganCitaRasaWarisan #ShareTheTasteofHeritage #ShareHappiness.

Boleh lihat video promo Pocky yang menarik di bawah:-