Daddy Ash tampil menjelaskan kenapa dia tidak dipenjara. Menurutnya, dia hanya melakukan maksiat, dan bukannya jenayah berat.
Daddy Ash sebelum ini menuai kontroversi dan pernah dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan membuat video maksiat dan menjualnya.
Kini dia terus aktif mempromosikan videonya. Membuatkan ada netizen yang mempersoalkan kenapa orang seperti Daddy Ash terus bebas melakukan apa yang mereka suka tanpa ditangkap pihak berkuasa.
Hot Daddy menyatakan dia bukannya melakukan kesalahan jenayah berat, dan tidak pernah mencuri duit rakyat atau melakukan hubungan kelamin dengan budak bawah umur.
Sambil mengingatkan bahawa dia tidak pernah menyusahkan hidup sesiapa. Dan lantaklah apa yang dia nak buat ke atas dirinya sendiri, menurut Daddy Ash.

Daddy Ash tidak berpuas hati kerana netizen tersebut terus mengecamnya. Dan dia mendakwa netizen itu telah menyekatnya.

Dia memuat naik video menegaskan bahawa ada beberapa kesalahan yang boleh diikat jamin dan sebaliknya.
Dia berkata: “Ada kes yang boleh diikat jamin dan ada yang tidak boleh diikat jamin,” tegasnya sambil menyenaraikan beberapa jenayah.
“Eh barua, aku ni sekadar buat maksiat, bezanya aku buat video.”
@beautifulnara Daddy Ash sekali lagi mencuri perhatian selepas membalas komen seorang pengacara TV dengan menjelaskan sebab dirinya tidak ditangkap, sambil mengakui perbuatannya membuat video sebegitu. 🎥: @klik.my via Instagram Baca artikel penuh di Beautifulnara.com #NaraViral #NaraTrending #trendingnewsmalaysia #sembangentertainment