Majoriti kita yang menginap di hotel pasti pernah menggunakan cerek eletrik untuk membuat air kopi atau makan mee segera dan juga membancuh susu anak kecil.
Bagaimanapun, baru-baru ini tular sebuah video yang memperlihatkan beberapa individu yang menginap di hotel yang dipercayai luar negara memasukkan daging mentah ke dalam cerek elektrik yang panas untuk merebus daging tersebut.
Video yang tular di seantero dunia itu mendapat perhatian di Malaysia juga dan menerima pelbagai reaksi.
@8dayssg Remind us never to use those kettles while on holiday. #8dayssg #8dayssgtrending #hotpot #hotelkettle #fyp
Seorang pempengaruh tempatan turut membangkitkan isu tersebut dan meluahkan rasa bengang apabila mengetahui tentang kewujudan individu yang mementingkan diri sendiri di mana sanggup menyalah gunakan peralatan hotel dengan memasak menerusinya.
Apa yang membuatkan ia bertambah serius kerana timbul keraguan dalaam aspek kebersihan barangan terbabit apatah lagi jika diletakkan daging khinzir yang mana sudah jatuh hukum haram di dalam agama Islam untuk digunakan lagi.
Tidak cukup sekadar itu, sebahagian individu di internet langsung membuka mulut tentang rahsia cerek elektrik yang ramai penginap tidak mengetahuinya.

Seorang lelaki tempatan yang mendakwa dirinya sudah bekerja dalam bidang servis pembersihan hotel berkata dia sudah acap kali menemui sarung kondom yang masih berisi sisa air mani yang sudah digunakan di dalam cerek elektrik tersebut.
Oleh itu, dia menasihati orang ramai untuk tidak menggunakan cerek elektrik di hotel.
Ada yang mendakwa kawannya sendiri pernah memasak seluar dalam di dalam cerek elektrik itu dengan alasan mahu membasmi kuman.
Rententan daripada pendedahan yang menjijikan itu, orang ramai menegaskan tidak mahu menggunakan cerek elektrik lagi dan akan pertimbangkan untuk membawa cerek kompak sendiri sebagai pilihan selamat.