BILD akhirnya tampil mendedahkan sebab sebenar Erik Ten Hag dipecat. Menurut laporan tersebut, sikap ego dan tidak mesra Erik Ten Hag serta kejurulatihannya menjadi punca.

Jika prestasi di atas padang, Leverkusen masih bertolak ansur keranna baru 2 perlawanan, ditambah pula ramai pemain utama yang meninggalkan kelab itu.

Ini bukan pertama kali Erik Ten Hag dan staf kejurulatihannya dikritik kerana pengurusan manusia mereka yang dianggap teruk.

Sebelum ini, di Man United, ada pemain mengeluh bahawa Erik Ten Hag seperti robot. Dia tidak suka dengan budi bicara dan tolak ansur.

Perkara yang sama dikritik Cristiano Ronaldo yang menganggap Erik Ten Hag sebagai tidak menghormati orang lain. Cristiano Ronaldo berpendapat, walaupun Ten Hag membantu United memenangi trofi domestik, dia tidak akan pernah membantu United memenangi EPL atau UCL dengan cara pengurusannya.

Pemain lain seperti Varane dan Casemiro juga di antara yang kurang selesa dengan pengurusan Ten Hag kerana mereka lebih suka dengan cara pengurus yang lebih bersikap ‘kebapaan’ seperti Carlo Ancelotti.

Terbaru, Leverkusen memecat Ten Hag walaupun baru 2 perlawanan dia mengendalikan pasukan itu. BILD mendedahkan bahawa Leverkusen perlu membayar harga tinggi untuk pemecatan itu.

Di mana mereka membayar pampasan Ten Hag sekitar €6 juta, pecahan €5 juta sebagai pampasan dan €1 juta bagi gaji selama 60 hari memegang jawatan.

Ten Hag, yang dilantik pada bulan Mei dengan kontrak dua tahun bernilai sekitar €5.5 juta setahun,

Selain daripada prestasi awal musim yang tidak menentu dan juga ketegangan Ten Hag dengan pengurusan tertinggi yang berterusan menjual pemain, BILD melaporkan sebab lain adalah kerana sikap Ten Hag. Lembaga pengarah kelab mulai tidak suka dengan sikapnya yang tidak mesra.

Dikatakan, pemain pemain Leverkusen ramai mahu meninggalkan kelab itu kerana tidak berpuas hati dengan corak latihan Ten Hag.

Sebelum ini corak latihan mereka lebih seimbang di antara fizikal, taktikal dan hantaran. Namun sejak di bawah Ten Hag, latihannya lebih kepada fizikal. Dia membuatkan pemain tidak seronok berlatih dan keletihan, terutama sekali pada pra musim di Brazil.

Ten Hag terus memberikan latihan berintensiti pada hari mereka baru sahaja kembali berlatih, atau ‘warm up’. Pemain pemain akui keletihan kerana terlalu banyak melakukan push up yang dianggap latihan lebih penting berbanding latihan larian off ball dan latihan hantaran bola.

Ten Hag juga kerap mengadakan sesi latihan yang sangat panjang, kerana dia tidak berpuas hati dengan hasil latihan.

Kapten pasukan, Robert Andrich menganggap di bawah Ten Hag mereka bermain dalam keadaan misteri. Di mana setiap orang bermain ikut cara sendiri dan tiada arahan taktikal yang jelas.

Selain itu, Erik Ten Hag tidak mesra dengan pegawai yang bukan daripada staf kejurulatihan yang dia bawa. Dia tidak mesra dengan staf kejurulatihan kelab sedia ada. Dia juga tidak mesra dengan pakar fisioterapi, doktor, pakar pemakanan dan beberapa pemain yang dia anggap bukan dia mahukan.

Ini termasuk Lucas Vazquez yang ditandatangani kelab tanpa persetujuannya.

Sikap Ten Hag yang dianggap sombong ini dianggap tidak sihat untuk kelab. Kerana ia boleh menyebabkan lebih ramai pemain dan pegawai mahu keluar. Dan akhirnya Leverkusen sanggup menanggung kos tinggi untuk memecat Ten Hag walaupun baru 2 perlawanan.

Oleh sebab itu Ten Hag hairan, jarang jurulatih dipecat selepas 2 perlawanan. Namun Leverkusen sudah ada sebab mereka tersendiri.

Sebelum ini INEOS turut menilai Ten Hag sebagai pengurus yang keras kepala. Dan ia menjadi antara sebab dia dipecat oleh Man United, walaupun kelab itu sudah membantunya dengan dana beratus juta pound untuk membeli pemain.

Dia juga dianggap gagal menyelesaikan masalah dengan pemain seperti Cristiano Ronaldo dan Jadon Sancho dengan lebih baik. Ianya merugikan kelab. Terutama sekali Sancho yang dibeli dengan harga sangat tinggi.