Menteri Agama Indonesia, Nasaruddin Umar memohon maaf atas kenyataan yang dikeluarkannya mengenai guru baru-baru ini.

Nasarudin menjadi sorotan selepas tular video pendek di media sosial dimana beliau seolah-olah merendahkan kerjaya sebagai tenaga pengajar.

Baca Juga:

Dalam video itu, Nasaruddin berkata kerjaya dalam bidang perguruan bertujuan untuk mendidik anak bangsa, bukan mencari wang.

Menteri Agama Indonesia
Nasaruddin Umar

“Guru mempunyai matlamat yang mulia, untuk mendidik anak bangsa, bukan untuk mencari duit. Kalau nak buat duit, jangan jadi guru, pergi berniaga,” kata Nasaruddin.

Menteri Agama Indonesia Mohon Maaf

“Saya sekali lagi dengan tulus ikhlas memohon maaf. Saya tidak pernah berniat untuk merendahkan profesion perguruan.

Menteri Agama Indonesia
Nasaruddin Umar

“Sebaliknya, saya ingin menegaskan bahawa perguruan adalah satu profesion yang sangat mulia,” kata Nasaruddin.

Ahli politik dan wakil rakyat di Indonesia berada dalam tekanan tinggi ekoran tunjuk perasaan yang diadakan di seluruh negara ketika ini.