Perlawanan pertama peringkat kumpulan AFC Champions League Elite (ACLE) 2025/25: Buriram United lawan Johor Darul Ta’zim (JDT) [16 September 2025, 8:15 malam]
Para peminat bola sepak tempatan kini boleh menyaksikan siaran langsung saingan elit bola sepak Asia melibatkan wakil negara iaitu JDT di Thailand.
Baca Juga:
- Piala Shopee 2025/26: JDT Bermula Baik Atasi Lion City Sailors

- ACL Elite 2025/26: JDT Berdepan Cabaran Kelab Jepun Dan China

- JDT Raih Kemenangan Pertama Dalam Jelajah Pra Musim Di Sepanyol

Perlawanan Pertama ACL Elite 2025/26
Buriram United lawan Johor Darul Ta’zim (JDT)
Sepak mula: 8:15 malam, 16 September 2025 (Selasa)
Tempat: Chang Arena, Buriram, Thailand
Link Siaran Langsung: Astro Arena, Youtube AFC Hub (Akses VPN)
Astro Arena merupakan satu-satunya stesen televisyen tempatan yang mendapat hak penyiaran pertandingan AFC.
Jika tidak menyaksikannya di kaca televisyen, anda perlu memiliki aplikasi Astro Go atau langganan Sooka untuk menonton perlawanan menarik ini secara ‘Live Streaming’.
ACL Elite adalah pertandingan yang melibatkan 24 kelab elit di Asia dan menawarkan wang hadiah lumayan sebanyak AS$10,000,000 (RM42,064,271.65) untuk juara manakala naib juara membawa pulang AS$4,000,000 (RM16,825,708.66).
Ia tidak termasuk elaun perlawanan di tempat lawan serta elaun pencapaian sekiranya mencatatkan kemenangan dan meraih keputusan seri.
Buriram United pasti bakal menurunkan skuad terkuatnya dalam usaha untuk sekali lagi menundukkan JDT sepertimana dilakukan ketika pusingan 16 saingan sama pada musim lalu.
Dua kali kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan di peringkat kumpulan dan aksi pertama pusingan 16, Buriram akhirnya mara ke suku akhir selepas menundukkan JDT pada aksi kedua yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim hasil jaringan tunggal Suphanat Mueanta.
Kehampaan itu pastinya mahu ditebus JDT yang kini tampil dengan skuad serba lengkap terutamanya dengan kehadiran beberapa pemain warisan negara.
Dengan kualiti hebat selaku gergasi negara masing-masing, pertembungan Buriram United dan JDT pada malam ini cukup menarik untuk disaksikan pasukan mana bakal melangkah keluar padang sebagai pemenang aksi pertama ACL Elite 2025/26.