Rakyat Israel bengang dengan tindakan negara negara yang mahu mengiktiraf negara Palestin.

Baru baru ini, Perancis, Australia, Kanada, dan United Kingdom tampil menyatakan suara mereka mengiktiraf negara Palestin pada kemuncak persidangan PBB di Los Angeles.

Negara lain yang sudah menyatakan pengiktirafan ke atas negara Palestin adalah Belgium, Portugal, San Marino, Malta, New Zeland, Andorra dan Luxembourg.

Beberapa negara lain akan menyusul untuk menyatakan pengiktirafan mereka ke atas negara Palestin berdaulat.

Tindakan itu kurang disenangi  Netanyahu. Di mana AS dan Israel menjadi dua negara yang tidak hadir ke dalam sesi pembentangan usul tersebut, sebagai tanda bantahan.

Rakyat kemudian mengingatkan semua negara yang mengiktiraf negara Palestin, negara tersebut akan diboikot oleh pelancong dari negara itu.

Salah seorang menulis: “Kamu iktiraf Palestin, jangan pernah tengok pelancong kami melancong ke negara kamu lagi, biar padan muka kamu.”

Sementara yang lain  melabel semua negara yang menyokong negara Palestin sebagai antisemitik.

Derisoris menulis: “Sekarang Perancis dah mengiktiraf negara yang ada organisasi pengganas sebagai kerajaan sah, yang berintipatikan kekerasan dan anti semitisme. Saya tak akan melancong ke Perancis lagi.

“Sehingga ke hari ini, kami sekeluarga melancong ke Provence sekali setahun. Perancis wajib diboikot secara ekonomi.”

'Biar Padan Muka Kamu Semua' - Rakyat Israel Nekad Tak Mahu Melancong Ke Negara Iktiraf Palestin

Yang lain turut nekad tidak mahu lagi membelanjakan duitnya di negara negara yang menyokong negara Palestin.

'Biar Padan Muka Kamu Semua' - Rakyat Israel Nekad Tak Mahu Melancong Ke Negara Iktiraf Palestin