Tular video pemandu Perodua Kenari bergaduh dengan penunggang motosikal dan merempuh motor tersebut.
Bukan itu sahaja Perodua Kenari itu turut merempuh beberapa lagi kenderaan di sekitar kerana cuba melarikan diri daripada penunggang motosikal tersebut.

Netizen ternyata terkejut melihat video kejadian dan membuat pelbagai andaian. Dan berharap pemandu tersebut segera disiasat dan dipenjara kerana tindakannya jelas sekali cubaan membunuh.
Apa benda sampai begini jadinya…… pic.twitter.com/pp3eHj2qnq
— MYNEWSHUB (@mynewshub) October 5, 2025
Menuerusi perkongsian di Facebook, kejadian dilaporkan berlaku di Jalan Oya, Sibu, Sarawak.
Dalam satu lagi rakaman kamera papan permuka, dilihat penunggang motosikal tersebut sudah mengejar Perodua Kenari itu beberapa kilometer, dianggarkan kira kira 10 minit dia mengejar.
Sebelum Perodua Kenari itu tersekat dalam kesesakan lalulintas di kawasan lampu isyarat. Dan di situlah mereka berdua bergaduh.
Video lain pula menunjukkan bahawa pemandu tersebut sudah pun ditahan oleh orang ramai yang tidak berpuas hati dengan apa yang dia lakukan.
Dia kemudian ditahan oleh Polis dan didapati positif bahan terlarang amphetamine menurut polis Sibu.
Menurut Malay Mail, Majistret Oon Kork Chern meluluskan permohonan reman ke atas suspek.
In Sarawak, Kenari driver who crashed into multiple vehicles on Sibu’s Jalan Oya gets three-day remand, tests positive for drugs https://t.co/4JkSseYg9B
— Malay Mail (@malaymail) October 6, 2025
Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Penggunaan Dadah 1952.