Gennaro Gattuso akui atmosfera di Itali ketika ini tidak begitu bagus. Ini kerana ramai rakyat Itali termasuk penyokong bola sepak mereka mengadakan protes mengecam negara haram.
Itali akan berdepan negara haram pada aksi timbal balik peringkat kumpulan untuk kelayakan Piala Dunia zon Eropah pada 15 Oktober ini.
Tetapi Gattuso menegaskan bahawa mereka terpaksa meneruskan sahaja perlawanan, walaupun mungkin berisiko. Ini kerana jika tidak mahu bermain dalam perlawanan itu, Itali akan dikira kalah 3-0 dan kehilangan 3 mata.
Gattuso sebelum ini pernah menjadi kecaman rakyat negara haram kerana komennya berbunyi: “Saya manusia yang cintakan keamanan. Memang pilu melihat orang awam dan kanak kanak melalui apa yang mereka lalui sekarang.
“Kami sekumpulan dengan negara haram. Dan kami terpaksa bermain. Sebab kami tak ada kuasa menentukannya. Apa yang kita lihat di sana sangat menyakitkan, itu sahaja yang saya boleh katakan.”
Gattuso on the Italy vs Israel match next Monday:
“I am a man of peace, and the worst thing is seeing civilians and children being hit and losing their lives […] but we have Israel in our group, we have to play, it’s our duty,” pic.twitter.com/Fk5TDKx7Cd
— Leyla Hamed (@leylahamed) September 7, 2025
Dan terbaru, Gattuso mahu rakyat Itali faham bahawa mereka hanya menjalankan tugas mereka di lapangan bola sepak.
Beberapa minggu lalu Kesatuan Jurulatih Itali juga mengecam UEFA kerana membenarkan negara haram terus beraksi.
Oleh sebab itu, Gattuso sekali lagi terpaksa menjelaskan keadaan dan pendiriannya.
Gattuso berkata: “Ya, keadaan sekarang tidak begitu bagus [terdapat protes ke atas negara haram]. Saya memahami sepenuhnya kenapa penyokong protes tentang kenapa perlawanan ini harus diteruskan.
“Kami terpaksa bermain sebab, kalau tidak mahu bermain kami akan dikira kalah 3-0. Luluh hati saya melihat apa yang berlaku ketika ini. Namun kami terpaksa fokus kepada tugasan kami.”