Selalunya, rider yang sedia menghantar makanan akan meninggalkan bungkusan di atas lantai kerana tidak disediakan tempat simpanan oleh pemilik rumah.
Bagaiamanapun, seorang pelanggan meluahkan rasa terharu apabila seorang rider yang menghantar makanannya sudi mengambil langkah yang lebih dalam memastikan kepuasan hati pelanggan dan keselamatan barang yang dihantar.
Berdasarkan gambar yang dimuat naik, kelihatan rider itu menyangkut makanan yang ditempah telah rapi disangkutkan pada pagar rumah itu.
Rider itu siap menghantar pesanan untuk memaklumkan pelanggan yang makanannya telah digantung kerana takut binatang liar mengambilnya pula.
“Cik saya gantung lah, risau kucing kacau kalau letak dekat kerusi,” tulisnya.

Si pelanggan itu langsung berkongsi isi hatinya apabila diberi layanan sebegitu rupa yang mana amat jarang sekali berlaku.
“Ini contoh orang yang bekerja dengan IKHLAS. Tugas dia ambil dan hantar je. Tapi dia buat lebih.
Dia ambil peduli. Kita suruh dia letak atas kerusi tepi pintu sebab rumah takde orang. Dia ikat kat pintu terus. Sebab takut kucing kacau makanan.”
Oleh itu, pelanggan itu memaklumkan yang dia sangat berpuas hati dengan servis yang diterimanya dan sedia memberi tips sebagai sagu hati.
Menjengah ke ruangan komentar, netizen turut memuji akan tindakan yang ditonjolkan oleh si rider yang bertimbang rasa dengan keselamatan barang yang dihantar. Oleh itu, mereka tidak kisah memberikan tips dengan ikhlas juga dek kerana servis yang mantap.
Selain itu, sebahagian individu yang bergelar rider turut berkongsi sebahagian mereka malahan sedia membawa cable tie untuk situasi sebegini.
Walaupun ada yang berkata itu hanya benda yang boleh dilakukan secara logik akal namun si pemilik hantaran mendakwa ini pertama kali dia pernah mengalami situasi tersebut.