Itali rasminya menamatkan impian Negara Haram ke Piala Dunia 2026 dengan kemenangan 3-0.

Dalam perlawanan tersebut stadium banyak kerusi kosong dan dilaporkan ada penembak tepat berkawal di sekitar hotel penginapan skuad negara haram.

Ini kerana kem negara haram meminta jaminan dan kawalan keselamatan daripada kerajaan Itali di kawasan yang dianggap tidak aman ketika mereka tiba.

Pihak berkuasa mengambil langkah keselamatan ketat. Hanya 9,000 sahaja tiket dijual daripada kapasiti penuh stadium 25,000. Ianya atas kuota ketat yang dikenakan oleh pihak berkuasa.

Skuad negara haram turut diiringi unit polis khas menggunakan 13 kereta polis. Bukan itu sahaja, terdapat juga unit bermotosikal dan pasukan gerak khas polis.

Di Stadio Friulli, dron berlegar di atas perkarangan stadium sepanjang perlawanan. Dan ramai polis dan tentera dikerahkan berkawal.

Ramai peniaga memutuskan untuk menutup perniagaan mereka kerana bimbang risiko keselamatan.

Malah pihak berkuasa turut menasihati premis seperti pub dan kedai kedai lain, agar  mengeluarkan perabot yang dilihat berpotensi menjadi senjata untuk serangan dan rusuhan.

Perlawanan ini diklasifikasikan sebagai perlawanan berisiko tinggi dari segi keselamatan sertai disiytihar sebagai zon merah. Kenapa?

Berlaku protes besar besaran ke atas negara haram di Itali walaupun gencatan senjata diumumkan beberapa hari lalu.

Itali menjadi antara negara yang paling banyak melakukan demonstrasi mengecam negara haram dan menyokong kempen bebaskan Palestin sejak tahun lalu lagi.

Pejuang pro Palestin di Itali sebelum ini sudah menyatakan kemarahan mereka  ke atas pasukan negara haram yang dibenarkan masuk bermain di negara mereka.

Pegurus Itali, Gennaro Gattuso sebelum ini menyatakan dia memahami tentang suara rakyat dan menghormati hak mereka untuk menyatakan perasaan mereka.

Pada masa sama, Gattuso meminta rakyat mereka faham bahawa, mereka terpaksa memenuhi tugasan menentang negara haram atau pasukan mereka dikira kalah 3-0.

Sebelum ini Persatuan Jurulatih Itali turut mengecam FIFA yang tidak menggantung negara haram daripada bola sepak.

FIFA sudah menyatakan bahawa mereka tidak ada kuasa campur tangan dalam isu politik mana mana negara dan berkata bahawa: “Jangan jadikan bola sepak sepak sebagai penyelesaian kepada konflik geopolitik.”

Di atas padang, pasukan negara haram berdepan cemuhan peminat Itali terutama sekali ketika nyanyian lagu kebangsaan.

Itali menang bergaya 3-0 menerusi 2 gol Retegui dan 1 gol oleh Gianluca Mancini.

Itali
Foto: X

Kemenangan itu menamatkan sepenuhnya cabaran negara haram  dalam pusingan kelayakan kali ini. Ianya selepas mereka sebelum  ini kalah 5-0 di tangan Norway.