Kementerian Pendidikan Tinggi menyatakan lebih 2.5 juta peminjam telah mula membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) setakat Ogos lalu.

Memetik Free Malaysia Today, secara kumulatif, setakat 31 Ogos, kira-kira 2.98 juta peminjam telah patut mula membayar tempoh membayar balik pinjaman. Jumlah keseluruhan dijangka dikutip sebanyak RM36.42 bilion.

Baca Juga:

“Daripada jumlah tersebut, 2.53 juta peminjam telah dan sedang membuat bayaran balik pinjaman mereka berjumlah RM25.25 bilion,” katanya dalam jawapan bertulis Parlimen.

Angka itu dikongsikan bagi menjawab pertanyaan Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) yang ingin mengetahui jumlah peminjam dan jumlah hutang PTPTN yang belum dilunaskan atau belum mula dibayar dari 2022 hingga kini.