Rakyat Indonesia bangga apabila kanak kanak Aura Farming berjaya menjalinkan kolaborasi dengan artis Bollywood dalam lagu terbaru yang berjudu Aura Farming.
Salah satu saluran hiburan paling berpengaruh di dunia, T-Series menerbitkan kolaborasi antara Zahran S Khan dengan Rayyan Arkhan Dikka.
Rakyat Indonesia anggap ini kejayaan besar untuk Aura Farming yang menjadi trend media sosial bermula daripada video tular yang memaparkan kanak kanak berada di atas bot untuk pacu jalur.
Mereka rata rata menganggap ianya kolobrasi sempurna antara India dan Indonesia dalam arena muzik.
Dan menganggap negara India lebih baik dalam menghargai kanak kanak aura farming tersebut berbanding di negara sendiri, di mana dia cuma diminta melakukan tarian tersebut di dalam majlis tertentu sehingga dia kelihatan letih.

“Terima kasih India.. Indi kami sayangkan kamu dari Indonesia,” tulis Nonoe.
Mereka juga senang meliha adik Dika yang kelihatan lebih gembira dalam video tersebut.

Netizen turut memuji muzik Bollywood tersebut memang sangat serasi dengan Aura Farming. Lantas ada yang menganggap ternyata India dan Indonesia itu serumpun.

“Di Indonesia, budaya masyarakat India sangat disukai di sini, filem, lagu dan tariannya. Akhirnya 2 negara ini bersatu dalam seni,” tulis Nurma.
