Perlawanan ketiga peringkat kumpulan AFC Champions League Elite (ACL Elite) 2025/26: Chengdu Rongcheng lawan Johor Darul Ta’zim (JDT) [21 Oktober 2025, 6:00 petang]
Para peminat bola sepak tempatan kini boleh menyaksikan siaran langsung saingan elit bola sepak Asia melibatkan wakil negara iaitu JDT di China.
Baca Juga:
- ACL Elite 2025/26: JDT, Machida Zelvia Kongsi Mata

- ACL Elite 2025/26: Gol Suphanat, Zulj Bantu Buriram Atasi JDT

- ACL Elite 2024/25: Gol Tunggal Suphanat Buat JDT Hampa, Hantar Buriram United Ke Suku Akhir

Perlawanan Ketiga ACL Elite 2025/26
Chengdu Rongcheng lawan Johor Darul Ta’zim (JDT)
Sepak mula: 6:00 petang, 21 Oktober 2025 (Selasa)
Tempat: Phoenix Mountain Sports Center, Chengdu
Link Siaran Langsung: Astro Arena, Youtube AFC Hub (Akses VPN)
Astro Arena merupakan satu-satunya stesen televisyen tempatan yang mendapat hak penyiaran pertandingan AFC.
Jika tidak menyaksikannya di kaca televisyen, anda perlu memiliki aplikasi Astro Go atau langganan Sooka untuk menonton perlawanan menarik ini secara ‘Live Streaming’.
JDT yang dibimbing Xisco Munoz berkunjung ke China dengan misi untuk memburu kemenangan sulung selepas meraih keputusan seri dan kalah pada dua aksi awal.
Selepas tewas 1-2 di tangan Buriram United, skuad Harimau Selatan terikat tanpa jaringan ketika berhadapan dengan Machida Zelvia di laman sendiri.
Chengdu Rongcheng pula masih segar dengan kemenangan 1-0 ke atas Gangwon di laman sendiri hasil jaringan tunggal pemain tengah Tim Chow pada minit ke-35.
Ia merupakan kemenangan sulung dimana sebelum itu mereka tewas 1-2 kepada bekas juara, Ulsan Hyundai.
ACL Elite adalah pertandingan yang melibatkan 24 kelab elit di Asia dan menawarkan wang hadiah lumayan sebanyak AS$10,000,000 (RM42,064,271.65) untuk juara manakala naib juara membawa pulang AS$4,000,000 (RM16,825,708.66).
Ia tidak termasuk elaun perlawanan di tempat lawan serta elaun pencapaian sekiranya mencatatkan kemenangan dan meraih keputusan seri.