Artis CGI Sofyank96 telah memuat naik video kolaborasi khas dengan kerajan Singapura untuk mempromosi Visit Singapore.
Dan segelintir netizen Malaysia mulai mempersoalkan, kenapa dia tidak mempromosi Malaysia? Sebaliknya mempromosi negara jiran?
Hari tu sempat pergi Singapore jap buat video travel, harap korang enjoy dengan video ni 📷#VisitSingapore #PassionMadePossible pic.twitter.com/1NSq9iwC12
— sofyank96 (@sofyank96) November 29, 2025
Salah seorang netizen dengan nada sinis bertanya: “Tak promote Malaysia ke? Walaupun tak diambil untuk mempromosi negara sendiri [sekalipun]?”
Tak promote Malaysia ke walaupun tak diambil untuk mempromoei negara sendiri?
— RAIN (@Rainism08) November 29, 2025
Sofyank membalas: “Semestinya! InsyaAllah ada rezeki dan peluang untuk team kami shoot nanti, kami akan hasilkannya.”
Ramai juga yang mempertahankan Sofyank. Kerana menurut mereka dia ada keluarga untuk disara dan pasukan produksi untuk dibayar gaji.
Jadi tidak salah dia mengambil projek daripada Singapura sekalipun – asalkan memberikannya pendapatan.
Saiful berkata: “Tak promote Malaysia ke? Bro perlu makan. Promosi percuma tak akan membantu kamu bayar bil. Realitinya, ini menunjukkan bahawa Singapura benar benar agresif mempromosikan pelancongan mereka.
“Pelancongan Malaysia harus berkolaborasi dengan influencer di seluruh dunia, terutama sekali mereka dalam segmen pasaran berkaitan.”
"Tak promote Malaysia ke?"
Bro need to eat. Free promo won't pay bills. In fact, this shows how aggressive Singapore is in promoting their tourism.
Tourism Malaysia should collaborate with influencers all around the globe, especially those within market segments. https://t.co/6G3hCMb7CO
— Saiful Ali (@paulallydean) November 29, 2025
Semakin ramai yang mempersoalkan Tourism Malaysia boleh terlepas pandang bakat seperti Sofyank, sehinggakan negara jiran lebih cepat memanfaatkannya.
“Orang Malaysia promosikan Singapura, sedangkan tahun depan ada kempen Tahun Melawat Malaysia. Tourism Malaysia pula tidak mahu membayar orang seperti ini,” tulis seorang netizen yang lain.
Sofyank bukannya nama asing dalam arena kesan khas visual dan CGI. Dia sudah berkoloborasi dengan banyak jenama besar di seluruh dunia. Jadi, Tourism Malaysia diingatkan agar tidak membiarkan sahaja bakat seperti Sofyank dibiarkan sahaja.
Ubaid menulis: “Ini tamparan hebat buat Malaysia, Singapura menggunakan salah seorang bakat paling kreatif kita ada untuk mempromosi negara mereka.”
