Baru-baru ini Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memuat naik hantaran memberi teguran berhubung papan tanda di lampu isyarat.

DBKL menyatakan ramai pengguna jalan raya tidak cakna dengan arahan pada papan tanda tersebut.

Baca Juga:

“Hasil pemerhatian kami mendapati ramai pengguna jalan raya yang masih belum cakna mahupun peka dengan papan tanda ‘Belok Kiri Jika Tiada Kenderaan Dan Pejalan Kaki’.

“Papan tanda tersebut membenarkan pemandu membelok ke kiri ketika lampu isyarat merah, tetapi hanya jika laluan benar-benar selamat.

“Pastikan tiada kenderaan dari arah lain, tiada pejalan kaki yang sedang melintas, dan sentiasa utamakan keselamatan sebelum bergerak. Jika ada kenderaan yang sedang melalui persimpangan atau pejalan kaki yang ingin melintas, anda wajib berhenti.

“Ingat, kebenaran ini bukan keistimewaan tetapi tanggungjawab serta kita mesti patuhi papan tanda dan elakkan kemalangan demi kelancaran trafik di Kuala Lumpur,” kata DBKL.

Pada ruangan hantaran Facebook itu, warganet memberikan sebab-sebab mengapa ramai tidak berbuat sedemikian.

Menurut netizen, antara sebab utamanya adalah saiz papan tanda tersebut yang kecil.

Ramai mengusulkan cadangan supaya DBKL membesarkan saiz papan tanda tersebut.

Selain itu, ada warganet mencadangkan penggunaan lampu isyarat anak panah berkelip-kelip warna kuning. Ia dapat membantu pengguna jalan raya lebih berwaspada dan sedia untuk membelok ke kiri sekiranya selamat tiada kenderaan atau pejalan kaki.

Sumber