Artis VFX, Sofyank, tampil menjelaskan tentang persoalan sama ada dia berminat untuk menghasilkan konten VFX yang mempromosi pelancongan Malaysia sama seperti yang dihasilkannya untuk kerajaan Singapura.
Menurut artisk VFX asal Malaysia itu, jawapannya mudah: “Semestinya saya nak. Saya sangat berbangga lahir di Malaysia, menjadi anak Malaysia. Perjalanan saya dahulu sehingga sekarang sentiasa diiringi oleh sokongan daripada rakyat Malaysia. Saya sangat berterima kasih.
“Jika saya diberikan peluang dan ruang, saya akan buat yang terbaik untuk Malaysia, InsyaAllah, Assalaumualaikum.”
Dalam video yang sama, Sofyank mengucapkan terima kasih kepada netizen yang rata rata memahami kariernya sebagai artis VFX.
Dia juga terharu dengan banyak komen sokongan ke atas apa yang dia lakukan di sebalik ada mulut yang menyindir dia membuat video untuk pelancongan Singapura.
Seterusnya Sofyank, berterima kasih kepada kerajaan Singapura kerana memberikan kepercayaan dan peluang kepadanya untuk menghasilkan video VFX produk pelancongan, yang sebenarnya memang berada dalam senarai tugasan idaman dia dan pasukannya.
Dia juga berterima kasih dengan rakan rakan yang dia kenali dari Singapura yang banyak membantunya merealisasikan impiannya itu.
“Sejujurnya dah lama saya nak hasilkan video ‘travel’ berkonsepkan VFX. Dan pada tahun ini, apabila saya mendapat peluang daripada Singapura, saya ajak kawan kawan saya yang lain untuk membuat video melancong yang menggabungkan sinematik dan VFX.”
@lobakmerahmy Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila pempengaruh terkenal dalam suntingan video, Sofyank memuat naik video mempromosi pelancongan di negara jiran, Singapura yang dihasilkan olehnya. Susulan ia menjadi perbincangan hangat di media sosial, Sofyank atau nama sebenarnya Muhammad Sofian Abdullah tampil memberi penjelasan mengenai isu tersebut. Menurut Sofyank, video promosi berkenaan dihasilkan selepas pihaknya mendapat peluang dari Singapura. Katanya, projek berkonsepkan vfx adalah antara idea yang sudah lama mahu direalisasikan dan peluang datang apabila dia menerima jemputan kerjasama daripada pihak Singapura. Kredit: IG sofyank96 P/s: Video di atas bukan hak milik Lobak Merah dan kami telah meletakkan kredit kepada pemilik video. Sekiranya anda ingin menurunkan sebarang video, Sila DM kami dalam kadar segera. Terima Kasih! Jangan lupa untuk Like, Comment. Share dan Follow Lobak Merah!🧡 Terima Kasih! fyp news trends berita