Aksi Final Piala FA 2025/26: JDT lawan Sabah [14 Disember 2025, 9:00 malam]
Para peminat bola sepak tempatan kini boleh menyaksikan siaran langsung aksi final saingan piala yang sudah memasuki edisi ke-34 itu.
Baca Juga:
- Sabah FC Enggan Lepas Fergus Tierney Untuk Sukan SEA Kerana Fokus Piala FA

- MFL Kekalkan Harga Tiket Final Piala FA 2025/26

- Skuad Juara Piala FA 1998 Johor: Di Mana Mereka Sekarang?

Final Piala FA 2025/26
JDT lawan Sabah
Sepak mula: 9.00 malam, 14 Disember 2025 (Ahad)
Tempat: Stadium Nasional Bukit Jalil
Link Siaran Langsung: Astro Arena 2 (802), Astro Arena Bola (803), Astro Arena Bola 2(804), Astro GO, Sooka, TV Okey dan RTMKlik!
Peminat bola sepak mempunyai beberapa pilihan untuk menyaksikan perlawanan menarik bakal ditampilkan kedua-dua pasukan.
Astro akan menyiarkan perlawanan ini di Astro Arena 2 saluran 802, Astro Arena Bola saluran 803 dan 804 serta penstriman langsung di Astro Go dan Sooka.

Manakala, bagi yang tidak melanggan stesen tersebut jangan risau kerana anda masih boleh menontonnya di TV Okey.
Jika tidak menyaksikannya di kaca televisyen, anda perlu laman sesawang RTMKlik untuk menonton perlawanan menarik ini secara penstriman langsung (live streaming) secara percuma.
Kedua-dua pasukan sudah semestinya turun dengan misi besar untuk menjulang kejuaraan yang mula dipertandingkan sejak tahun 1990 itu.
JDT mengintai peluang unyuk muncul buat kali keempat berturut-turut manakala Sabah pula mahu menjadikan penampilan semula dalam aksi final Piala FA selepas kali terakhir melakukannya pada 1998 sebagai satu kenangan tidak dapat dilupakan.
Meskipun skuad kendalian Xisco Munoz dilihat mempunyai peluang besar untuk menjuarai aksi pada malam ini dengan prestasi mantap dalam kancah domestik, mood pentas final mungkin mampu memberikan semangat luar biasa buat Sabah untuk menghadapi perlawanan besar ini.