Seorang influencer membuatkan netizen tertanya tanya, tentang produk yang dia jual.
Di mana netizen berpendapat, influencer tersebut agak ‘overclaimed’ menyatakan jus khasiat yang dia jual mampu membantu merawat masalah 3 serangkai – penyakit kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang.
Influencer tersebut mendakwa bahawa ibunya ada masalah kencing manis dengan kadar gula agak tinggi dan bergantung kepada suntikan insulin.
Namun selepas mengamalkan meminum jus yang dijualnya, ibunya dikatakan sudah tidak memerlukan insulin lagi selepas dia meminum jus tersebut sehingga paras gula terkawal.
Laman Makan Dalam berkata: “Hari itu kau merajuk dan persoalkan, kenapa netizen memandang rendah orang yang cuma ada SPM.
“Hari ini kau sendiri jawab dengan jus yang kau jual.
“Kau jual jus campuran, limau, kuma, halia, delima, bawang putih, dan kau klaim boleh sembuhkan penyakit 3 serangkai.
“Inilah sebab kenapa pendidikan itu penting. Supaya kita boleh bezakan makanan tambahan dengan ubat yang terkawal.”
Seterusnya laman yang sama mempersoalkan, bahan bahan dalam jus tersebut yang ibarat bahan perapan masakan, dan tidak boleh menggantikan metformin atau insulin.
Tindakan influencer tersebut dianggap sangat berbahaya kerana dia boleh mempengaruhi orang awam yang ada penyakit meninggalkan insulin dan meminum jus yang terang terang ada kurma dan delima.
“Dua bahan ini ada gula asli daripada buah buahan, kemudian dia tinggalkan ubatan hospital, kemudian bacaan gula mencanak. Siapa nak bertanggungjawab? Kamu?” soal laman itu lagi.
Lantas netizen menasihati influencer tersebut jangan gunakan modal ‘jangan hina orang yang sekadar ada SPM’, ini kerana ramai yang cuma ada SPM berjaya. Bezanya mereka tidak memandai mandai cuba menjadi doktor.
@makandalam Hari tu merajuk orang pertikai kelayakan masuk sekolah. Hari ni, sendiri buktikan kenapa ilmu tu penting. Jus bawang & halia bukan ubat jantung bang. Jangan sebab RM29, mak ayah orang lain jadi mangsa. Stop tunggang kesihatan orang. @faizsoul_ #fyp #misinformation
Ramai yang akui terkejut dengan tindakan influencer tersebut yang jelas terpesong.
Sementara yang lain menyatakan bahawa mereka setuju dengan kerajaan China yang mewajibkan influencer yang mahu bercakap tentang bidang profesional seperti perubatan, perundangan, pendidikan dan kewangan perlu ada ijazah berkaitan.
Dasar tersebut sudah dikuatkuasakan di China sejak beberapa bulan lalu.

Ini kerana China tidak mahu rakyatnya dalam bahaya mengikuti saranan yang tidak betul daripada pempengaruh.
Contohnya ini: Di mana seorang netizen yang menyokongnya malah mendakwa, jus tersebut boleh digunakan untuk merawat masalah buah pinggang berlubang tahap 2.
