Jika anda melayari platform media sosial terutamanya di X, pada ketika ini pasti sedang hangat dengan kes fail sulit yang berkait dengan figura bernama Jeffrey Epstein.

Menerusinya, ribuan gambar sulit mula disebarkan oleh pengguna internet yang mempunyai akses terhadapnya dan mahu menunjukkan sisi gelap yang selama ini tersimpan dari orang ramai.

Dalam pendedahan lebih 3,000 gambar, salah satu daripadanya telah mencuri perhatian netizen dari Asia Tenggara adalah sosok dua figura ternama yang mengenakan busana baju batik.

Teka-Teki Asal Usul Batik Dipakai Oleh Figura Kontroversi Cetus Perang Komen Serantau
Sumber Gambar: Threads

Jelas di dalam gambar itu memperlihatkan gambar ini menunjukkan bekas Presiden Amerika Syarikat, Bill Clinton (kiri) bersama Jeffrey Epstein (kanan).

Teka-Teki Asal Usul Batik Dipakai Oleh Figura Kontroversi Cetus Perang Komen Serantau
Sumber Gambar: kompas

Di dalam gambar lain, ada juga individu yang tidak dikenali identitinya turut bergambar bersama kedua-dua sosok berpengaruh itu.

Antara maklumat yang diperolehi tentang gambar tersebut adalah ini dipercayai diambil semasa salah satu lawatan antarabangsa Bill Clinton ke Asia atau Afrika selepas beliau tamat jawatan presiden pada tahun 2001.

Log penerbangan peribadi Epstein menunjukkan Clinton pernah terbang ke beberapa destinasi termasuk Bangkok dan Brunei antara tahun 2002 hingga 2003, di mana pemakaian kemeja bercorak sedemikian adalah lazim untuk majlis rasmi.

Gambar ini ini merupakan salah satu daripada beberapa bukti visual yang menunjukkan hubungan antara Bill Clinton dan Epstein pada awal tahun 2000-an.

Rekod penerbangan juga menunjukkan Clinton pernah menaiki pesawat peribadi Epstein untuk urusan kerja yayasan beliau.

Difahamkan gambar ini mula tular secara meluas selepas dokumen mahkamah berkaitan kes Epstein didedahkan kepada umum.

Walaupun gambar ini asli, pihak wakil Bill Clinton telah menyatakan bahawa beliau tidak mengetahui tentang jenayah yang dilakukan oleh Epstein pada waktu gambar-gambar tersebut diambil dan telah memutuskan hubungan dengan Epstein bertahun-tahun sebelum kes jenayah pemerdagangan seks terbongkar.

Dalam pada itu, seorang netizen telah berkongsi gambar itu dan menyoal jika kalau batik ini berkait dengan negara Malaysia, Indonesia atau Singapura.

Hal ini sekaligus menjadi perdebatan hangat di kalangan netizen Asia Tenggara. Netizen dari Malaysia dan Indonesia langsung berbalah kerana mereka enggan mengakui akan asal usul busana batik itu milik negara masing-masing.

Netizen Indonesia terutamanya bertegas bahawa bukan miliknya dan enggan ‘claim’ seperti yang selalu dilakukan oleh mereka selama ini.

Sebahagian daripada mereka mendakwa karateristik dan motifnya tidak seperti yang digunakan di dalam warisan lokalnya.

“”Sudah tentu ia bukan batik Indonesia. Corak dan warnanya tidak mempunyai ciri-ciri batik Indonesia. Sejujurnya, batik-batik ini nampak buruk.”

“Sebagai orang Indonesia, kami tak ada batik yang buruk macam tu, terutamanya kain sutera berkilat tu; lelaki Indonesia takkan pakai baju macam tu.”

“Sebagai orang Indonesia, kali ini kami serahkan saja kepada Malaysia untuk mengaku (claim) baju itu. Terima kasih.”

Bagaimanapun, sebahagian percaya batik tersebut bermungkinan datang dari Indonesia juga kerana rekaan motif yang lebih berat ke arah Jawa dan wujud gambar Jeffrey Epstein yang pernah datang ke Bali dan bergambar wanita di sana.

Teka-Teki Asal Usul Batik Dipakai Oleh Figura Kontroversi Cetus Perang Komen Serantau
Sumber Gambar: Threads

Sementara itu, perbincangan tersebut turut menarik perhatian dan perspektif serantau melangkaui Malaysia dan Indonesia.

Beberapa perbincangan dalam talian turut meluas sehingga merangkumi Brunei dan Singapura, disertai dengan spekulasi mengenai kemungkinan gaya serantau batik tersebut.

Ada orang rasa perkara ini kelakar dan pelik. Kalau dulu, kita selalu bergaduh dan berebut mengaku batik itu kita punya. Tapi sekarang, bila batik dikaitkan dengan skandal jahat antarabangsa, semua orang tiba-tiba jadi segan dan tak mengaku itu batik negara mereka.

Bagaimanapun, ada yang meluahkan rasa jengkel dengan netizen Indonesia yang mahu menolak ‘claim’ batik yang dipakai itu milik mereka selepas mengetahui ia berkait dengan kes berat.

“”Lucu bila baca ruangan komen, sebab tak lama dulu orang Malaysia siap kena kecam lagi hanya kerana guna perkataan ‘batik’. Sekarang, tiba-tiba saja orang Indonesia kata kemeja tu ‘batik Malaysia’

“Satu istilah yang sebelum ini buat mereka sangat marah, walaupun itulah istilah yang digunakan oleh Aisha Retno masa dia bagi cenderahati kepada Ariana dan Cynthia. Tiba-tiba pula muncul pengiktirafan bahawa negara lain seperti Malaysia, Brunei, Singapura, Thailand dan sebagainya pun ada versi batik mereka sendiri.”

“Rasanya inilah satu-satunya waktu orang Indonesia berhenti sejenak daripada menuntut hak eksklusif terhadap batik.”

“Tiba-tiba mengakui Malaysia ada batik pula, sebelum ini kemain bangkang”.

Akhirnya, ‘perang’ kali ini bukanlah tentang siapa yang paling berhak memiliki, tetapi siapa yang paling pantas menolak. Fenomena ini membuktikan bahawa simbol budaya seperti batik mempunyai maruah yang sangat tinggi di hati rakyat serantau.