Suasana sambutan Tahun Baharu di Singapura baru-baru ini bertukar kecoh selepas bintang legenda K-Pop, Rain, secara tiba-tiba menghentikan persembahannya.

Bukan sebab masalah teknikal, tapi Rain secara terang-terangan mendakwa penonton di sana ‘membosankan’ dan tak sporting.

Menerusi satu klip yang tular di TikTok, Rain dilihat cuba beberapa kali untuk hype kan suasana. Bagaimanapun, interaksi beliau yang berbaur sarkastik itu nampaknya tidak diterima baik dan dianggap mengguris hati para peminat yang sudah lama menunggu.

“Saya tak boleh dengar anda. Hentikan, Hey semua, kenapa anda semua buat macam ni? Oh tuhan ku, Ayuhlah, jika anda sebegini diam, kita tidak boleh berseronok. Adakah anda memang benar-benar nak berparti seperti ini? Adakah anda bersedia?

“Jika anda berhenti menari dan berhenti menyanyi, saya akan tutup musik dan kemudian balik ke rumah,” tegasnya.

Mungkin kerana vibe penonton yang terlalu ‘kaku’ dan diam, Rain dilaporkan bertindak nekad menghentikan persembahannya di tengah jalan.

Beliau secara terang-terangan meluahkan rasa bosan melihat audiens yang dikatakan tidak sporting sepanjang set persembahannya berlangsung.

@theverybigtheverybang

Most walked out midway toooo #rain #birain #singlandfestival #singapore #fyp

♬ Lucifer’s Waltz – Secession Studios

Kejadian ini telah mencetuskan perdebatan hangat di media sosial, di mana rata-rata netizen menganggap tindakan Rain itu sebagai tidak profesional, manakala ada juga yang mempertahankan beliau dengan alasan penonton di sana memang ‘lemau’.