Pada 3 Januari 2026, tentera Amerika Syarikat telah melancarkan operasi ketenteraan mengejut (dikenali sebagai Operasi Absolute Resolve) di Caracas.

Selain isu minyak yang sedang hangat diperkatakan di dalam siri serangan kali ini oleh Presiden Trump, kini jenama Nike turut meraih keuntungan secara tidak langsung selepas penularan foto penangkapan Presiden Venezuela, Nicolás Madur.

Apa yang terjadi?

Difahamkan Presiden Venezuela, Nicolás Maduro, dan isterinya, Cilia Flores, telah ditangkap oleh pasukan khas AS dan diterbangkan ke New York untuk menghadapi pertuduhan persekutuan berkaitan pengedaran dadah (narko-terorisme).

Oleh itu, gambar tersebut telah disebarkan oleh Trump untuk memperlihatkan bukti tentang kejayaan misi penangkapan ketua negara tersebut yang kebetulan pada ketika itu telah mengenakan pakaian trek Nike Tech berwarna kelabu.

Hal ini sekaligus menjadi perbualan hangat di ruangan internet apatah lagi ia cukup terkenal di dalam dunia fesyen streetwear.

Pakaian trek ini telah dijual pada harga $140 (~RM569.45) di laman rasmi Nike, malah carian kami pada ketika ini memperlihatkan pakaian itu kini hanya tersedia dalam jumlah terhad dan ada saiz yang memang sudah kehabisan stok.

Pilihan pakaian ini mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial. Ramai yang tidak menyangka seorang pemimpin sosialis yang sering mengkritik kapitalisme Barat ditangkap dengan memakai jenama sukan ikonik Amerika Syarikat.

Populariti pakaian ini sampaikan tahap ada yang menggelarkan warna kelabu secara spesifik dengan nama “Maduro Grey”.

Istilah seperti “Maduro Gray” mula tular, dan carian Google untuk “Nike Tech” melonjak naik sehingga 800% dalam masa beberapa jam.

Menariknya, ada beberapa laporan awal yang menyatakan pengguna media sosial menjadi atnara yang terawal menyedari akan pakaian trek yang dipakai oleh Maduro telah kehabisan stok di laman rasmi Nike.

Set Pakaian Trek Nike Tech Fleece 'Sold Out' Selepas Foto PM Venezuela Tular Di Media Sosial
Sumber Gambar: Fortune

Malah, fenomena penangkapan Maduro benar-benar luar biasa, bayangkan terma carian ‘Nike Tech Fleece’ mencecah skor 100 di Google Trends hanya kerana gambar beliau tular memakai baju tersebut.