Teka teki tentang masa depan Kim Pan Gon akhirnya terjawab. Ini selepas laporan beberapa media sebelum ini mengaitkan Kim Pan Gon dengan sebuah pasukan di liga malaysia.
Terbaru, Selangor FC akhirnya mengumumkan bahawa bekas pengendali Harimau Malaya itu rasmi menjadi ketua jurulatih mereka yang baharu.
Sementara Christophe Gamel akan dinaikkan pangkat menjadi Pengarah Teknikal Selangor FC yang baharu. Dan beliau akan memberikan fokus kepada pasukan pembangunan.
Dalam kenyataannya SFC berkata:
“Kelab Bola Sepak Selangor (Selangor FC) ingin mengumumkan pelantikan Kim Pan-gon sebagai Ketua Jurulatih baharu skuad utama Gergasi Merah. Bekas Ketua Jurulatih Interim Christophe Gamel telah dilantik sebagai Pengarah Teknikal Selangor FC yang baharu berkuat kuasa hari ini.”
Selangor percaya bahawa Kim Pan Gon Jurulatih yang tepat untuk menggalas cabaran dan aspirasi sukan kelab tersebut berdasarkan pengalamannya luas di dalam sepak.
Selain itu beliau juga berpengalaman dengan sepak malaysia. Ini kerana sebelum ini beliau pernah menjadi ketua jurulatih pasukan kebangsaan Malaysia.
Selangor menambah:
“Berbekalkan pengalaman yang luas serta pencapaian yang cemerlang, kelab percaya Kim Pan-gon akan memikul tanggungjawab sebagai Ketua Jurulatih skuad utama Gergasi Merah dengan jayanya serta mengemudi pasukan Selangor ke tahap yang lebih tinggi.
“Manakala, peranan Christophe Gamel selaku Pengarah Teknikal Selangor FC adalah tertumpu sepenuhnya kepada pembangunan jurulatih dan pemain muda bagi skuad bawah 23 tahun sehingga peringkat akar umbi Selangor FC.
“Selangor FC mengucapkan selamat maju jaya kepada Kim Pan-gon dan Christophe Gamel dalam menjalankan tanggungjawab dan peranan mereka. Demi Kebanggaan!