Pemandu Honda Jazz terlibat kemalangan yang meragut nyawa seorang penuntut UniSZA, ada masalah depresi.
Dalam kejadian yang berlaku paada semalam, lelaki berusia 32 tersebut telah melanggar lampu isyarat merah dan mengakibatkan kemalangan maut yang meragut nyawa seorang penuntut UniSZA.

Arwah yang bernama Syakirah Hanan Mazli, berusia 25, memandu Perodua Viva telah tersepit di dalam kereta yang dipandunya.
Video kejadian tular di media sosial menunjukkan kereta Viva dipandu mangsa dirempuh dengan impak yang sangat kuat.

Sementara pemandu Honda Jazz tersebut mengalami kecederaan kecil di badan dan patah tangan.
Hasil siasatan, Polis mendapati pemandu Honda Jazz tersebut ada masalah major depression disorder atau MDD.
Dipetik daripada sumber BH Online, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata: “Lelaki berusia 32 tahun itu ada beberapa kali mendapatkan rawatan psikiatri di HSNZ dan disahkan menghidap `major depression disoder’ (MDD) serta mempunyai rekod rawatan seperti dinyatakan sejak Januari 2025.
@501awani Pemandu Honda Jazz terbabit kemalangan maut membabitkan penuntut Unversiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) disahkan menghidap ‘Major Depression Disorder’. AWANInews
Selain itu polis menafikan dakwaan netizen yang mendakwa bahawa Honda Jazz dipandu lelaki itu adalah kereta curi. Kerana kereta itu adalah kereta milik adiknya.
Namun lelaki yang berusia 32 tahun tersebut sebelum itu sempat memecah masuk sebuah kereta Honda City di parkir perkarangan Stadium Ismail Nasiruddin Shah, dan mencuri beberapa barangan termasuk wang tunai RM200.
Lelaki tersebut kemudian bertindak memecut kereta Honda Jazz dipandunya, dan kemudian merempuh Perodua Viva yang dipandu mangsa.