Semalam tular video dari seorang pelancong wanita yang mendakwa dirinya dianaiya oleh pengusaha skuter sewa di Langkawi.
Di dalam video itu, dia menuduh lelaki yang menyewakan motor skuter sengaja memeras wang sebanyak RM1,000 untuk kerosakan yang didakwa sudah pun wujud sebelum itu lagi.
Selepas dituduh cuba “pau” atau memeras ugut wang sebanyak RM1,000 bagi kerosakan kecil, pemilik skuter tersebut akhirnya tampil memberikan penjelasan bagi membersihkan namanya yang tercalar.
Video Dipotong Untuk Jadi ‘Bad PR’
Menurut pemilik tersebut, video yang dimuat naik oleh pelancong wanita itu telah disunting secara terpilih (selective editing) untuk menimbulkan salah faham.
“Dia bagi motor aku jatuh, calarkan motor, dan fork depan pun bengkok. Saya cuma minta ganti rugi RM400 sahaja, bukan RM1,000,” jelas pemilik itu.
Beliau menjelaskan bahawa angka RM1,000 yang disebut dalam video tular tersebut sebenarnya adalah satu perbandingan, bukannya tuntutan.
Beliau memberitahu pelancong tersebut bahawa di tempat lain, kos kerosakan sebegitu mungkin boleh mencecah RM1,000, namun beliau hanya meminta harga yang jauh lebih murah.
“Dia potong (cut) video tu, dia bagi aku nampak macam kononnya aku beritahu dia kena bayar RM1,000. Itu satu ‘Bad PR’ untuk saya,” tambahnya lagi
“Jangan Terpedaya Dengan Loghat Saya”
Selain isu wang, pemilik skuter ini turut menjawab kecaman netizen yang menyangka beliau adalah warga asing kerana kefasihan beliau berbahasa Inggeris dan loghatnya yang unik.
Dengan nada tegas namun santai, beliau mengesahkan bahawa beliau adalah anak jati Langkawi.
“Hampa jangan ingat aku orang luar. Aku orang Langkawi ori. Nak check IC pun boleh. Saya boleh cakap Inggeris, Melayu, malah bahasa Rusia pun saya boleh,” katanya bagi menyangkal dakwaan beliau bukan warga tempatan.
Peringatan Buat Netizen
@thecoconutcowman Replying to @A F I F F A R I S
Di akhir penjelasannya, beliau meminta orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan kandungan video yang dipotong-potong tanpa mengetahui cerita sepenuhnya.
Isu yang pada mulanya nampak seperti penindasan terhadap pelancong, rupa-rupanya hanyalah tuntutan ganti rugi yang dianggap wajar oleh pemilik kenderaan atas kerosakan yang dilakukan.
Sentiasa dengar penjelasan daripada kedua-dua belah pihak sebelum membuat sebarang spekulasi. Adakah RM400 satu harga yang adil untuk kerosakan fork dan calar motor?
@ameera.int This is what happened when a solo female traveller returned a rental in a foreign country. ❌ Aggressive confrontation ❌ False accusations ❌ Intimidation tactics ❌ Demanded RM 1,000 for dirt and old damage I was humiliated, shaken, and pressured — with zero empathy or accountability. I’m posting this so it doesn’t happen to someone else. 📢 Share this. Especially with women and solo travellers. 🎥 The video speaks for itself. 📍GoIsland Scooters, Langkawi, Malaysia 🇲🇾 #langkawi #solotravel #storytime #malaysiatiktok
Sepintas lalu kami melihat hantaran video yang dibuat oleh wanita itu telah pun menutup ruangan komen susulan dipercaya telah dihujani komentar dan kecaman oleh netizen tempatan selepas video penerangan oleh lelaki ini.