Pengendali perkhidmatan penghantaran, Grab, sedang menyiasat dakwaan bahawa beberapa rider telah meminta tip daripada pelanggan, petik Free Malaysia Today.
Hal ini susulan satu hantaran di Facebook yang berkongsi tangkap layar mesej yang didakwa dihantar kepada seorang pengguna Grab.
Baca Juga:
- Penumpang Terharu Pemandu Grab Sanggup Tunggu Dia Naik Tangga Dahulu Sebelum Beredar

- Grab Malaysia Buka Peluang Kepada Lebih 5,000 Rakan OKU

- Guardian Dan Grab Sudah ‘Halalkan’ Pembeli Dapat Harga ‘Glitch’

Dalam hantaran tersebut, tiga orang penghantar didakwa meminta tip daripada pelanggan dengan memberikan alasan seperti memerlukan wang untuk petrol, manakala seorang lagi didakwa cuba menjual barangan makanan tambahan selepas permintaannya ditolak.
Sebagai respons, Grab memberitahu FMT bahawa pihaknya akan menyiasat perkara tersebut dan mengambil tindakan tatatertib yang sewajarnya terhadap rakan penghantar yang terlibat.
Syarikat itu menyatakan bahawa kod etika mereka melarang rakan rider daripada meminta atau menagih tip daripada pelanggan.
“Dasar rasmi kami menetapkan bahawa pemberian tip adalah pilihan semata-mata dan harus dianggap sebagai tanda penghargaan atas perkhidmatan cemerlang yang diberikan,” kata syarikat itu.
Pada masa sama pelanggan tidak mempunyai sebarang kewajipan untuk berbuat demikian. Pemberian tip di platform Grab adalah secara sukarela sepenuhnya.