Kalau sebut pasal travel gaya backpacker, kita fahamlah kalau kena tidur dalam hostel atau bilik yang sedikit sempit demi nak jimatkan kos.

Tapi, perkongsian terbaru daripada seorang pengembara ini benar-benar buat netizen ‘loya tekak’ dan tergamam. Mana tidaknya, bukan dua atau tiga orang, tapi seramai 25 orang wanita dilaporkan berkongsi satu ruang bilik sewa yang sama.

Di dalam video itu, seorang wanita asing memperlihatkan lokasi bilik sewa yang dipercayai di bangunan kedai komersial lalu disewakan kepada sejumlah geng backpacker wanita.

Bermula dari tangga, kelihatan timbunan kasut yang memenuhi ruang tersebut dalam keadaan tersusun dan dimaklumkan akan dikunci sebaik malam menjelma.

Di dalam bilik yang agak besar, sejumlah wanita daripada pelbagai latar belakang langsung hidup bersama dan terpaksa berkongsi sebuah tandas dan bilik mandi.

Keadaan persekitaran sudah semestinya tidak kondusif kerana terlalu padat sampai sudah seumpama tin sardin tampaknya. Walaupun sudah disediakan jadual untuk bertugas membersihkan dan sebagainya, wanita itu mendakwa tiada sesiapa pun mengikutinya.

Sementara sinki dipenuhi dengan bekas makanan dan minuman yang tidak dibersihkan kerana berlaku isu tersumbat.

Hanya terdapat satu cermin kecil sahaja untuk melihat dan mendandan penampilan diri.

Laluan untuk bergerak di dalam ruang tersebut sangat terhad yang mana terpaksa melalui tempat tidur yang beralaskan beg tidur di atas lantai sahaja.

Barang-barang yang dibawa pula hanya memenuhi ruang masing-masing sekaligus menyukarkan sebarang aktiviti fizikal mahupun pergerakan.

Memandangkan ruang yang terhad, satu bilik stor telah dijadikan sebaga bilik pelbagai fungsi untuk simpan stok, sampah, tempat makan dan juga simpan baju dalam almari.

Loker pula akan berkongsi dengan individu lain maka tidak banyak barang peribadi yang boleh disimpan bagi setiap seorang.

@wallyneedsanap

1 room. 25 girls. Many memories. #malysia

♬ always remember you – Abbi

Perkongsian wanita yang bergelar backpacker itu langsung menjadi perhatian warga tempatan kerana ini bukanlah satu praktis yang normal malah melanggar undang-undang.

“Ini Malaysia kut! Mana boleh buat macam ni, dah la bahaya, haram (illegal) pula tu. Tolonglah, kalau rasa nak datang negara orang tapi tak nak ikut peraturan, lebih baik tak payah datang.

Kita kat Asia Tenggara ni sangat mementingkan adab dan rasa hormat. Jangan sebab nak jimat, habis semua undang-undang kita dipijak-pijak.”

“Macam mana dorang boleh dibenarkan tinggal/sewa tempat macam ni? Dah macam PATI je… Benda ni sah ke?”

“Kalau ikutkan nilai mata wang korang bila tukar ke ringgit, korang sebenarnya mampu je sewa kondominium yang cantik. Satu rumah tu boleh muat sekurang-kurangnya 3 orang dengan selesa sangat.”

“Aku percaya mata wang negara korang lagi tinggi dari kitorang, dan kat sini pun ada banyak gila Airbnb yang murah. Dah kenapa korang pilih juga nak duduk tempat macam ni?”.

Wanita terbabit bahkan dengan bangganya mendakwa dia sangat gembira untuk hidup di tempat itu dan merasa selamat apabila ditegur oleh orang ramai.