Minggu ini sudah masuk minggu ke-dua persekolahan buat murid-murid darjah satu. Antara isu berulangan yang sering menjadi perbualan ibu bapa adalah masalah beg terlebih muatan.

Menerusi satu perkongsian wanita, dia menanyakan kepada ibu bapa yang lain sama ada anak-anak mereka meninggalkan buku di lokar atau membawa pulang.

“Jadual sekolah dah dapat. 1 hari ada 6 subjek, beg berat. Anak-anak mengadu berat lah.

“Habis itu nak buat macam mana 1 subjek ada 4 buku, ada buku teks, aktiviti dan 2 buku tulis 2. Hari-hari nak kena bawa.

“Dekat sekolah cikgu ada berikan lokar, anda semua sebagai ibu bapa, nak tanyalah, anda semua akan suruh anak tinggalkan buku dalam lokar atau bawa balik?” tanya wanita itu.

Pertanyaan wanita itu mendapat tempelakan daripada warganet.

Ramai mempersoalkan mengapa ibu-ibu generasi sekarang ‘terlebih manja’, manjakan anak dengan perkara remeh.

“Dulu macam mana kita pandai manage jadual dan buku? Rasa macam bijaknya zaman dulu zaman sekarang macam semua benda kena suap kadang risau,”

Tinggal semua buku teks dalam lokar. Kenapa? Sebab boleh akses buku teks online. DELIMA MOE pun ada semua buku teks. Saya biasakan anak bawa balik buku aktiviti dan buku tulis. Itu saya buat poket folder mcm trend sekarang. Kenapa? Sebab nak pantau dia dah belajar sampai mana. Nak tengok kecekapan anak.

“Mak-mak janganlah biasakan tolong urus semua untuk anak. Seeloknya bagi peluang anak handle sendiri, tak perlu smpai tolong asingkan, tagging segala benda. Cukup sekadar perlu. Anak perlu belajar tanggungjawab untuk ambik tahu hal sekolah dia. Kalau dah semua mak uruskan, jangan salahkan dia kalau dh besar nanti pun dia harapkan mak urus semua,” respon warganet.