SPRM atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah menyita aset bernilai RM9.7 juta yang dikaitkan dengan siasatan penyelewengan wang pelaburan RM300 juta oleh individu berpangkat Tan Sri.

Aset yang disita termasuk beberapa hartanah dan kenderaan mewah.

Menurut laporan oleh BH Online, salah satu aset yang disita adalah lot tanah bernilai RM1.8 juta, enam buah rumah bernilai RM6.54 juta dan kenderaan mewah bernilai lebih RM1.3 juta.

SPRM turut menyiya 14 akaun bank yang nilai keseluruhan tidak dinyatakan kerana menunggu pengesahan pihak bank.

10 orang saksi turut dirakamkan keterangan mereka, menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki – kepada Berita Harian.

Azam Baki menegaskan bahawa SPRM masih giat mengesan beberapa saksi lain dalam usaha mereka mahu melengkapkan siasatan.

Sementara itu, Majistret Ezren Zakariah telah membenarkan tahanan remah 4 hari ke atas individu bergelar Tan Sri.

Dalam perkembangan yang berkaitan, seorang wanita bergelar Datuk juga dibebaskan dengan jaminan semalam selepas lima hari direman.

Sebelum ini, laporan menyebut bahawa, siasatan dibuat ke atas penyelewengan dana bernilai RM300 juta yang dikutip daripada kira kira 1,700 orang pelabur dari tahun 2021 sehingga tahun 2024.

Dana tersebut sepatutnya digunakan oleh beberapa syarikat, namun telah dibelanjakan atas tujuan yang tidak dinyatakan dalam syarat perjanjian pelaburan.