Fabrizio Romano melaporkan bahawa gergasi Belanda, Ajax Amsterdam kini dalam proses untuk menandatanganni penjaga gol kebangsaan Indonesia, Maarten Paes dari FC Dallas.
Ajax sudah mencapai kesepakatan harga untuk mendapatkan pemain tersebut dan dijangka tidak akan ada masalah dengan persetujuan dari segi syarat dan terma peribadi.
Ajax menawarkan kontrak jangka panjang sehingga 2029, dan pemain itu dijangka akan menjalani proses medikal sebaik sahaja segala kesepakatan dicapai untuk memuktamadkan perpindahan tersebut.
🚨🇳🇱 Ajax agree deal to sign Maarten Paes from FC Dallas in MLS, permanent move.
Contract until June 2029, medical next as deal has been agreed and done by SEG agent Boy Kuijpers. pic.twitter.com/zk8wMRB6Wj
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) January 27, 2026
Maarten Paes dianggap calon terbaik untuk mengisi slot no.1 di Ajax pada masa ini. Penjaga gol itu baru sahaja berusia 27 tahun, memulakan kariernya bersama dengan VV Union dan NEC di Belanda.
Dia sempat dinaikkan pangkat ke pasukan senior NEC namun tidak dapat membuat sebarang penampilan sebelum berpindah ke FC Utrecht dan tidak lama kemudian menyertai FC Dallas.
Maarten Paes sudah mengumpul 10 kaps bersama dengan skuad Garuda. Dan dia menjadi nadi penting Indonesia dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2026, membantu Indonesia mara sehingga ke pusingan kelayakan pusingan keempat, iaitu pusingan terakhir untuk menentukan kemaraan ke Piala Dunia atau ke play off.
Menjadikan mereka wakil Asia Tenggara paling jauh mara pada pusingan kelayakan tersebut. Ia juga dianggap pencapaian terbaik Indonesia dalam sejarah pusingan kelayakan Piala Dunia pada era moden, selepas kali terakhir mara pada 1945.
Indonesia gagal melepasi pusingan tersebut, namun sempat menghadirkan beberapa aksi yang membanggakan dalam kumpulan yang turut dihuni Arab Saudi dan Iraq.