Malaysian Football League (MFL) sebentar tadi mengesahkan trio Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel dibenarkan untuk kembali beraksi dalam aksi Liga Malaysia.

MFL menegaskan bahawa pengumuman ini adalah selaras dengan pemakluman rasmi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berkaitan kebenaran dalam Penangguhan Pelaksanaan yang dikemukakan Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) terhadap tujuh pemain warisan negara tersebut.

Perkembangan terkini itu disahkan MFL dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan badan pengendali liga bola sepak tanah air tersebut.

Trio JDT Kembali

“Malaysian Football League (MFL) hari ini mengesahkan telah menerima pemakluman rasmi daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung keputusan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) untuk menangguhkan penggantungan terhadap tujuh pemain warisan di peringkat domestik dan benua secara serta-merta.”

“Daripada tujuh pemain terlibat, tiga pemain daripada kelab Johor Darul Ta’zim (JDT ) iaitu Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel kembali dibenarkan beraksi dalam mana-mana pertandingan Liga Malaysia susulan keputusan Mahkamah Timbang Tara Sukan (Court of Arbitration for Sport – CAS) untuk membenarkan permohonan Penangguhan Pelaksanaan (Stay of Execution).”

Laman media sosial JOHOR Southern Tigers juga sebelum ini telah memuatnaik kelibat tiga pemain tersebut ketika menjalani sesi latihan bersama pasukan di Padang Seri Gelam, Johor Bahru.

 

 

 

Sumber