Suraj Chavan atau Justin Bieber India, kini menjadi bahan perbualan hangat di media sosial bukan sahaja di India tetapi juga di kalangan peminat global kerana popularitinya yang luar biasa, termasuk digelar oleh ramai netizen sebagai lelaki paling kacak di India.
Gelaran ini adalah berdasarkan pandangan dan undian pengguna internet terhadapnya. Dia dianggap menawan dan seringkali dianggap mirip Justin Bieber.
Dia memiliki ramai peminat terutama sekali dari gadis gen z di India.
“Indian Justin Bieber” Suraj Chavan Voted India’s Most Handsome Man
Suraj Chavan, popularly known online as the “Indian Justin Bieber,” is trending once again after being voted India’s most handsome man.
The internet sensation first rose to fame for his striking resemblance to… pic.twitter.com/0zpOVTAFBF
— NigerianEye.com (@NigerianEye_) February 4, 2026
Suraj berasal dari sebuah kampung kecil bernama Modhave di Baramati, Maharashtra. Dia mula menarik perhatian ramai melalui video-video lucu dan gaya penyampaiannya yang relatable di platform media sosial sehingga berjaya mengumpulkan jutaan pengikut di Instagram.
Namanya melonjak naik selepas mengambil bahagian dan menjadi juara musim ke-5 Bigg Boss Marathi — versi Maharashtra bagi rancangan realiti Big Brother — yang menjadi fenomena di India.
Dia menang dalam program itu dan membawa pulang trofi kemenangan, motosikal elektrik serta wang tunai bernilai puluhan lakh.
Kemenangannya itu menjadikannya salah seorang personaliti yang dikenali ramai dan diberi penghormatan sebagai ultimate entertainer musim tersebut.
Lebih menarik, perjalanan hidup Suraj bukan mudah. Beliau kehilangan bapanya akibat kanser dan kemudian kehilangan ibu serta neneknya pada hari yang sama ketika masih muda, meninggalkan beliau dan lima adik beradiknya untuk membina kehidupan sendiri.
Kisah hidupnya ini turut menjadi inspirasi ramai peminat yang mengikuti perjalanan kariernya.
Selain aktif di media sosial, Suraj juga telah mencuba nasib dalam dunia hiburan filem. Beliau telah membintangi beberapa filem Marathi termasuk Musandi (2023), Raja Rani (2024) dan juga Zapuk Zupuk yang ditayangkan pada 2025.
Kejayaan ini menunjukkan bahawa beliau bukan sekadar figura di internet tetapi juga berusaha menembusi dunia lakonan secara profesional.
'Indian Bieber' has been voted the most handsome man in India pic.twitter.com/PSqeZAXEIj
— Braindead Bird App (@tragicbirdapp) February 4, 2026
Dia kini menjadi kegilaan ramai gadis di India, terutama sekali ketika dia melakukan jelajah di beberapa kawasan dan ketika dia bersantai di luar.