Tindakan pemandu kereta mewah jenis Lexus menggunakan nombor pendaftaran yang berdaftar pada sebuah Perodua Myvi mengundang padah apabila kereta itu disita Unit Operasi JPJ Cawangan Tapah.
Kenderaan mewah itu ditahan semasa Operasi Khas Kenderaan Mewah ‘ Ops Luxury ‘ yang dijalankan di sekitar Tapah, semalam.
Baca Juga:
- ‘Kalau Takut, Jangan Ikut’ – Volkswagen Golf Dua Tahun Tiada Insurans Disita JPJ Kedah

- JPJ Sita BMW Dipandu Ahli Perniagaan Bangladesh

- ‘JPJ Tidak Lagi Keluarkan ‘Roadtax’ Fizikal Selepas 1 Februari’ – Pos Malaysia

Hasil pemeriksaan mendapati pemandu kenderaan tersebut telah melakukan kesalahan menggunakan nombor pendaftaran kenderaan lain, lesen kenderaan motor tamat tempoh sejak 8.9.2024, serta tiada perlindungan insurans.
“Anggota penguatkuasa telah mengeluarkan tiga (3) Saman P22 dan satu (1) Notis Sita di bawah Seksyen 64(1) APJ 1987 Akta 333 ke atas pemandu bagi menyita kenderaan tersebut untuk dibawa ke Depoh Sita JPJ Cawangan Tapah untuk tindakan lanjut,” petik kenyataan JPJ Negeri Perak.