Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang, nilai RM5,000 itu sudah dikira mewah untuk hidup yang selesa di bandar dengan keluarga yang kecil.
Namun, tindakan seorang lelaki yang berhasrat meninggalkan kerjaya stabil demi menjadi rider penghantar makanan nampaknya telah mencetuskan perdebatan hangat.
Segalanya bermula apabila seorang isteri meluahkan rasa bimbang di media sosial selepas suaminya menyuarakan keinginan untuk berhenti kerja pejabat.

Meskipun memiliki pendapatan tetap lebih RM5,000, dakwanya pengurusan baharu yang toksik dan stres yang melampau membuatkan pekerjaan ‘rider’ dilihat lebih menarik apatah lagi fleksibel sekaligus boleh menjadi bos sendirilah kalau ikut istilah zaman sekarang.
“Kalau dia buat lala fulltime, boleh ker dpt gaji mcm tu..puas da saya nasihatkan untuk stay kerja..tapi tulaaaaa..,” soalnya dengan nada risau.
Walau bagaimanapun, perkongsian itu nampaknya telah menerima nasihat pedas dari komuniti penghantar makanan itu sendiri buat suaminya.
“Nasihat saya jangan! biar pening kepala dalam kerja jgn pening kepala time duit takda. lala bukan tmpt nak buat income kukuh!”.
“Akak suruh dia ambik AL 2hari pastu suruh buat Lala tengok boleh dapat tak sehari income dia dgn kerja full time tu”.
“Kalau stress toksik tak payah buat lala. Pelanggan lala 80% toxic tak boleh bawa bincang”.
“Biar stress asal hujung bulan dh tahu dpt berapa, lala ni xboleh nk baca pendapatan, mudah faham tak stable la, rezki berubah² tiap hari, utk keje buat backup ok laa”.
“Kalau gaji 5.5k atleast company+pekerja kwsp mencarum lebih kurang 1k juga . Bertahanlah walaupun perit . Kerja dengan orang ni kena tahan sikit toxic .
“YANG PENTING BIAR STRESS KERJA ADA DUIT , JANGAN STRESS TAKDA DUIT puan fikir fikirkanlah ya . Nasihatlah sehabis baik ya..”, demikian antara lontaran nasihat pedas yang diberikan oleh orang lama di dalam bidang ini dan buat sepenuh masa.
Seorang individu yang pernah merasa gaji mewah dan kini hanya melakukan kerja penghantaran sepenuh masa turut berkongsi realiti sebenar yang ramai tidak perasan.
“Nasihat saya sebagai seorang yang hilang pekerjaan bergaji bersih 4k+ bila masuk industry gig ni memang mencabar . Nak dapat bersih 4k kalau tolak maintenance semua keluar pagi balik malam . Keadaan suasana kerja beza jauh . Epf socso takde . Atleast 5.5k bersih suami puan dapat dah tolak epf socso”.