Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mengumumkan pembukaan ‘Kaunter Pembelian Tikus’ sempena Kempen Membasmi Tikus MPAJ 2026 mulai sehingga 13 Februari ini.

Menerusi satu hantaran Facebook, setiap tikus yang dihantar, sama ada hidup atau mati akan dibayar sebanyak RM3 seekor.

Baca Juga:

Hantar Tikus 'Hidup Atau Mati', MPAJ Bayar 'Cash' RM3 Seekor
Sumber Gambar: Facebook Majlis Perbandaran Ampang Jaya – Rasmi

Kaunter pembelian tikus dibuka di Pasar Pandan Jaya, dari 9.30 pagi hingga 1.00 tengah hari.

Timbalan Yang Dipertua MPAJ, Hasrolnizam Shaari berkata, Pandan Jaya dipilih sebagai lokasi pertama tahun ini berikutan aktiviti komersialnya yang pesat dan kawasan perumahan berkepadatan tinggi.

“Tikus membiak di kawasan sebegini.

“Orang awam berdepan peningkatan risiko terdedah kepada penyakit bawaan tikus seperti leptospirosis, selain kerosakan harta benda oleh haiwan perosak tersebut,” katanya semasa pelancaran program itu di pasar pagi berkenaan.

Hasrolnizam menambah bahawa MPAJ mengambil pendekatan berasaskan komuniti melalui program ganjaran tersebut, yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan menggalakkan tanggungjawab bersama, petik The Star.