Pemandu Vellfire yang memukul dan menendang warga emas dalam kejadian yang tular baru baru ini tampil mendedahkan alasan sebenar dia berbuat demikian.

Semalam Kosmo melaporkan bahawa lelaki berusia 52 tersebut mengaku bersalah di atas 2 pertuduhan, iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan mengugut mahu membunuh mangsa dalam kejadian yang berlaku di Jalan Cheras–Hulu Langat pada 8 Februari lalu.

@themalaymail

A 52-year-old man has been taken into custody for allegedly assaulting and threatening a 69-year-old retiree following a minor traffic collision near Pekan Suntex, Batu 9 Cheras. According to the New Straits Times, Kajang district police chief Assistant Commissioner Naazron Abdul Yusof said the victim lodged a police report at 4.49pm yesterday, claiming he was injured after being attacked and intimidated by the suspect near a traffic light.

♬ original sound – themalaymail – themalaymail

Insiden tersebut dipercayai berpunca daripada kemalangan kecil antara kenderaan mereka sebelum keadaan menjadi tegang.

Menerusi rakaman video berdurasi kira-kira satu minit yang tular di media sosial, lelaki pemandu Vellfire dilihat menumbuk dan menendang mangsa, seorang warga emas berusia 70 tahun, sehingga menyebabkan kecederaan pada bahagian muka dan badan.

Video berkenaan mencetuskan kemarahan orang ramai yang menyifatkan tindakan itu sebagai melampau dan tidak berperikemanusiaan, lebih-lebih lagi melibatkan seorang warga emas.

Majistret memerintahkan tertuduh membayar denda RM5,500 atau berdepan hukuman penjara lapan bulan sekiranya gagal menjelaskannya.

Ini sebab pemandu Vellfire tendang warga emas

Dalam satu rakaman video yang diambil oleh wartawan Utusan Melayu, lelaki tersebut berkata kepada wartawan: “Kenapa kamu ambil gambar saya? Tenang tenang sudahlah. Bukannya salah saya.”

Lelaki itu kemudian mempertahankan tindakannya dan mendedahkan sebab dia bertindak agresif dan menendang warga emas itu.

Dia menambah: “Bukannya salah saya. Kalau dia berhenti, saya pun tak akan pukul dia. Sebab saya masih manusia lagi bukannya binatang.

“Kalau saya binatang, dah lama dah dia….

“Selepas dia melanggar kereta saya, dia melarikan diri, bayi berusia 3 hari dalam kereta saya terjatuh. Kalau terkena kepada kamu, marah tak?”

@utusanmelayuplusofficial

Tertuduh, Saiful Adli Yusof, 52, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret, Fatin Dayana Jalil. Mengikut pertuduhan pertama, Saiful Adli didakwa menyebabkan kecederaan terhadap Liew Khoon Foo, 70, dengan menumbuk dan menendang bahagian muka serta badan. Video Mohamad Redzwuan I UM+. #fyp #trendingnewsmalaysia #tendanganviral #wargaemas

♬ original sound – Utusan Melayu Plus – Utusan Melayu Plus