Mahkamah Majistret di sini menjatuhkan hukuman penjara enam bulan terhadap seorang lelaki kerana gagal meneruskan rawatan batuk kering (tibi/TB) sepertimana yang diarahkan.

Menurut laporan The Daily Express, Majistret Yong Ching Hong menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh, Almahzar Madin, 30, mengaku bersalah atas pertuduhan gagal mematuhi perintah di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 untuk menyambung rawatan tibi beliau.

Baca Juga:

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 12(1) Akta yang sama kerana mendedahkan orang awam kepada risiko jangkitan melalui kehadiran atau kelakuannya di mana-mana tempat awam, petik Free Malaysia Today.

Beliau turut didakwa di bawah Seksyen 22(b) Akta yang sama kerana gagal mematuhi perintah sah yang dikeluarkan oleh pegawai kesihatan diberi kuasa yang menghendaki beliau menjalani rawatan.

Yong juga memerintahkan tertuduh supaya melengkapkan rawatan tibi mengikut keperluan dan tempoh masa yang telah ditetapkan.