Bangunan Sultan Abdul Samad sebenarnya baru sahaja dibuka semula kepada orang ramai pada 2 Februari 2026 selepas menjalani pemuliharaan dan menariknya mendapat pujian dari kalangan warga tempatan mahupun pelancong luar yang ke sini.

Disebabkan ia baru sahaja “bernafas semula” dengan wajah yang lebih segar dan bersih, isu lambakan peniaga air atau kekotoran di kawasan tersebut pastinya menjadi topik yang sangat sensitif dalam kalangan netizen dan peminat warisan negara.

Terbaharu, netizen berkongsi beberapa video yang memperlihatkan suasan malam Bangunan Bangunan Sultan Abdul Samad yang kurang ‘serinya’ apabila terdapat sekumpulan penjaja air balang yang memenuhi di ruang pejalan kaki sekitar berkenaan.

Baru 2 Minggu Dibuka Semula, Imej Bangunan Sultan Abdul Samad Terjejas Dek Lambakan Penjaja Haram
Sumber Gambar: Threads

Menerusi video tersebut, sejumlah penjaja dengan selambanya ‘memacak’ gerai masing-masing di hadapan bangunan ikonik itu sehingga didakwa mencacatkan pemandangan pengunjung yang datang melawat pada ketika itu.

Macam mana tetiba boleh ada bazar menjelang malam depan Bangunan Sultan Abdul Samad ni?Pemandangan & bangunan dah lawa dah, tapi kacau pulak dengan perniagaan seperti ini,” tegur seorang netizen.

Tambahnya, pihak DBKL perlu melakukan pemantauan di peringkat awal sebelum melarat sekaligus berupaya memastikan ia tidak mencemarkan imej negara di kemudian hari.

Ramai percaya majoriti penjaja adalah dari golongan imigran dan bukannya warga lokal dan salah satu alasan kuat adalah kehadiran gerai jualan makanan sunda yang dikenali sebagai cilok.

Salah seorang netizen turut mendakwa dia menyedari kehadiran penjaja itu sejak minggu pertama lagi tetapi menjual jauh dari kawasan mercu tanda itu.

Selain itu, kebimbangan utama adalah mengenai sisa buangan (seperti plastik, straw, dan tumpahan air manis) yang boleh menarik haiwan perosak dan akan meninggalkan kesan kotoran kekal jika tidak dikawal.

Sebagai mercu tanda utama bagi Tahun Melawat Malaysia 2026, kawasan Dataran Merdeka sepatutnya mesra pelancong. Namun, meja-meja jualan dan troli yang memenuhi kaki lima menyukarkan pergerakan pengunjung yang ingin mengambil gambar atau menikmati suasana sejarah.

Terkini, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur berkongsi melalui akaun media sosial rasmi bahawa petugas mereka telah melakukan operasi sitaan terhadap penjaja air balang di sekitar Dataran Merdeka sejak 14 Februari lagi.

Baru 2 Minggu Dibuka Semula, Imej Bangunan Sultan Abdul Samad Terjejas Dek Lambakan Penjaja Haram
Sumber Gambar: FB DBKL
Baru 2 Minggu Dibuka Semula, Imej Bangunan Sultan Abdul Samad Terjejas Dek Lambakan Penjaja Haram
Sumber Gambar: FB DBKL

Selain itu, DBKL juga mengingatkan orang ramai agar tidak membeli daripada penjaja haram serta bersama-sama memainkan peranan menjaga kebersihan dan menghargai keindahan persekitaran.

“Adalah diingatkan bahawa Dataran Merdeka merupakan kawasan larangan menjaja bagi menjaga imej, kebersihan serta nilai warisan kawasan ini yang menjadi kebanggaan warga kota dan pelancong,” pesanan lagi.