Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Selangor, Dr Mohammad Fahmi Ngah menyatakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak akan mengenakan tindakan membawa individu ponteng puasa menaiki van jenazah.

Beliau memberikan jawapan sedemikian kepada Harian Metro selepas ditanya sama ada individu yang ditahan kerana tidak berpuasa seperti makan dan minum di tempat awam akan dibawa menaiki van jenazah.

Baca Juga:

Menurut beliau lagi, sebagai contoh di Petaling, terdapat lima lokasi telah dikenalpasti sebagai ‘kawasan panas’ yang biasanya dikunjungi kaki ponteng puasa.

Dr Mohammad berkata  umat Islam yang tidak berpuasa akan dikenakan tindakan di bawah Seksyen 19 (b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor kerana tidak menghormati bulan Ramadan.

Jika sabit kesalahan, individu terbabit boleh dikenakan denda tidak lebih RM1,000 atau dipenjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.

Sumber